#8 Ramadhan Menu Berbuka Sambal Terung Ikan Bilis

Cadangan menu berbuka untuk #8 Ramadhan ini, kami kongsikan bersama anda resepi SAMBAL TERUNG IKAN BILIS. Nampak mudah dan senang kan.

Foto iResipi.com
0
- Iklan - - Iklan -

Nota Editor: Cadangan menu berbuka untuk #8 Ramadhan ini, kami kongsikan bersama anda resepi SAMBAL TERUNG IKAN BILIS. Nampak mudah dan senang kan.

Masakan ini amat sesuai untuk dijadikan juadah puasa. Bagi mereka yang suka pedas, apa kata kali ini anda cuba masukkan 2-3 biji CILIBANGI. Rasa pedas CILIBANGI pasti membuatkan anda suka. Sesiapa yang ingin mencuba, kami kongsikan resipi tersebut di bawah.

Foto iResipi.com

Bahan-Bahan:

• 2 biji terung panjang bersaiz sederhana, hiris pada ketebalan 1.5 cm
• 1 senduk cili kisar
• 1 sudu kecil belacan (optional)
• 1 biji bawang besar, hiris nipis
• 2 ulas bawang putih
• 2 sudu besar sos cili
• 1 mangkuk ikan bilis goreng

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan belacan. Masak sambal hingga pecah minyak. Jika kering, tambahkan sedikit air.
2. Masukkan terung dan kacau seketika sehingga masak, kemudian masukkan ikan bilis.
3. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kacau sebati, angkat dan hidang. Hiaskan bersama daun bawang.

- Iklan - - Iklan -

Sumber : iResepi

Jom Berbuka dengan SAMBAL TERUNG IKAN BILIS. Pasti Sedap!

Jika anda mempunyai cadangan resepi untuk dikongsikan bersama kami, anda boleh berbuat demikian melalui borang ini dengan tajuk “Kongsi Resepi”.

Mencari peralatan penanaman untuk kebun mini di rumah?

Dapatkan produk seperti peralatan fertigasi, baja dan lain-lain dengan 2 cara berikut:

  1. Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
  2. Pembelian di Shopee Cilibangi.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.