APAKAH ITU GMO’s? KESAN KEPADA MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

GMO’s adalah sebutan penuh kepada genetically modified organism atau ‘pengubahsuaian organisma secara genetik’. GMO’s bermaksud pengubahan genetik sesuatu organisma kepada bentuk baharu dengan cara mengeluarkan satu gen atau lebih gen terhadap DNA organisma lain seperti bakteria, virus, binatang atau tumbuhan dan menggabungkannya ke dalam DNA tumbuhan yang hendak diubahsuai.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

GMO’s adalah sebutan penuh kepada genetically modified organism atau ‘pengubahsuaian organisma secara genetik’.

GMO’s bermaksud pengubahan genetik sesuatu organisma kepada bentuk baharu dengan cara mengeluarkan satu gen atau lebih gen terhadap DNA organisma lain seperti bakteria, virus, binatang atau tumbuhan dan menggabungkannya ke dalam DNA tumbuhan yang hendak diubahsuai.

Sebagai contoh, ahli sains dari Mosanto melalui kejuruteraan genetik memindahkan gen dari bakteria yang dikenali sebagai Bacillus thuringiensis atau singkatannya Bt ke dalam DNA jagung yang ingin diubahsuai, maka terbentuklah satu variasi gen jagung yang baharu kuat dan tahan serangan penyakit.

Teknologi GMO’s ini bertujuan supaya spesis yang terhasil melalui sains kejuruteraan makanan ini baik, kukuh, kuat, dan tahan rintangan penyakit, juga untuk mendapatkan hasil pulangan yang tinggi dari segi kuantiti dan kualiti.

- Iklan -

Akan tetapi, GMO’s mendatangkan kesan buruk kepada tubuh badan dan juga alam sekitar. Antaranya ialah kesan alahan kepada tubuh badan. Hal ini berlaku dalam kejuruteraan makanan yang mana menggabungkan mana-mana bahan gen melalui sesuatu yang mengakibatkan alahan pada seseorang manusia.

Selain kesan buruk GMO’s kepada manusia, ia juga memberi masalah besar kepada alam sekitar, iaitu ia membunuh serangga pendebungaan. Tumbuhan GMO mampu mendebunga tumbuhan dari spesis asli.

Pengkaji mendapati setiap gen pokok canola asli mengandungi transgen dari canola GMO. Hal ini mendatangkan kesan buruk terhadap tumbuhan asli yang dicemari gen dari pokok canola yang digenetikkan menerusi GMO.

Saintis mendapati kod genetik telah dipindahkan di antara satu sama lain dan akhirnya setiap anak benih pokok canola GMO yang dihasilkan memperoleh daya tahan terhadap racun rumpai.

Jika pemindahan kod genetik ini melibatkan spesies rumpai seperti lalang. Sudah tentu akan wujudlah satu spesies lalang yang baru yang tahan kepada racun rumpai. Perubahan genetik pada GMO merupakan suatu perubahan kekal. Ini menjadikan spesies tumbuhan berkenaan sukar dihapuskan.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

1 Komen
  1. pensil85melankolik berkata

    adakah benih cili bangi ini GMO?