BUAH TIN, BUAH SYURGA

Buah tin mempunyai nama latin Ficus carica berasal daripada Asia Barat dan terkenal sebagai buah kegemaran Nabi Muhammad S.A.W . Buah ini disebutkan di dalam kitab suci Al-quran dan merupakan buah syurga.

Buah ini mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri seperti anti bakteria yang mampu membunuh bakteria pengganggu kesihatan . Buah tin mampu menurunkan tekanan darah dan risiko penyakit jantung. Jika penyakit diabetes, buah tin boleh digunakan sebagai pengganti gula di dalam diet harian. Bagi individu yang mengalami masalah insomia yang serius, buah tin sangat sesuai untuk diamalkan.

0
- Iklan - - Iklan -

Buah tin mempunyai nama latin Ficus carica berasal daripada Asia Barat dan terkenal sebagai buah kegemaran Nabi Muhammad S.A.W . Buah ini disebutkan di dalam kitab suci Al-quran dan merupakan buah syurga.

Buah tin merupakan buah yang mempunyai contoh kepada buah yang terdapat di syurga. Terdapat kira-kira 2000 jenis pokok tin . Sebagai contoh , Albacor comuna , De la reina, Bordisotte de blanca , Manresa, Red Saudi Brown Turkey Modified 6 , Black Jack dan Taiwan Golden Fig .

Buah ini mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri seperti anti bakteria yang mampu membunuh bakteria pengganggu kesihatan . Buah tin mampu menurunkan tekanan darah dan risiko penyakit jantung.

- Iklan - - Iklan -

Jika penyakit diabetes, buah tin boleh digunakan sebagai pengganti gula di dalam diet harian. Bagi individu yang mengalami masalah insomia yang serius, buah tin sangat sesuai untuk diamalkan.

Harga bagi sekilogram buah tin adalah RM 40- 80 dan harga satu pokok tin adalah RM 250.

Buah tin dibiakkan melalui kaedah tut dan ditanam di dalam pasu. Pokok buah tin hanya memerlukan penyiraman sekali dalam sehari. Daun buah tin sangat sensitif kepada air,dinasihatkan agar elakkan menyiram air pada daun buah tin.

Buah tin hanya memerlukan masa selama 3 bulan untuk berbuah. Terdapat 3 perkara penting yang anda perlu tahu tentang pokok tin. Pokok tin mempunyai beratus jenis varieti.

Ciri fizikal pokok tin berbeza. Buah tin terhasil di ruas-ruas yang terdapat pada dahan pokok tin. Apabila ruas tersebut sudah menghasilkan buah, ruas tersebut tidak akan lagi mengeluarkan buah. Disebabkan itu, pemangkasan perlu dilakukan untuk menggalakkan pengeluaran dahan baru.

Kesilapan yang kerap terjadi dikalangan penanam-penanam baru adalah tidak menggunakan media atau tanah campuran yang sesuai. Disebabkan demikian, media atau tanah campuran yang digunakan perlulah mempunyai saliran air yang baik.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.