Menu Berbuka #15 Ramadhan, Ayam Bercili Masak Ketumbar

- Iklan -

Ayam Bercili Masak Ketumbar. Foto: Resepi Sebulan Berbuka Tak Payah Pening-Pening
- Iklan -

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
Sedikit halia

Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan.
Hidangkan.

- Iklan -


Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.