Timer – Cara-cara Menetapkan Program Alat Pengatur Masa

Tanpa alat pengatur masa (timer) ini, saudara terpaksa mengawal suis pam untuk memastikan pam air dapat mengepam air ke seluruh polibag yang berada di dalam sistem fertigasi.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Alat pengatur masa atau Timer ini berfungsi sebagai alat untuk mengawal operasi sesuatu peralatan elektrik. Keupayaannya seperti suis ini sangat membantu dalam pekerjaan manusia.

Timer Pengganti Suis Manual

Tanpa alat pengatur masa ini, saudara terpaksa mengawal suis pam untuk memastikan pam air dapat mengepam air ke seluruh polibag yang berada di dalam sistem fertigasi.

Fungsi timer
Fungsi timer sebagai penjaga suis.

Cara Set Timer Fertigasi

Pam air hanya berfungsi untuk mengepam air pada waktu siang sahaja. Sistem fertigasi tidak menjalankan apa-apa aktiviti pada waktu malam.

Pokok hanya aktif menyerap air pada waktu siang sahaja.

Jadi dalam tutorial ini, saudara akan belajar bagaimana cara set timer fertigasi untuk menetapkan program alat pengatur masa mengikut jadual siraman pokok.

- Iklan -

cara set timer cilibangi
Cara set timer, kedudukan On dan OFF.
Cara set timer mini fertigasi cilibangi
Cara set timer fertigasi

Berapa Kali Siraman Sehari?

Biasanya kami akan mengatur masa siraman sebanyak 5 kali sehari. Ini minimum, ada yang buat setiap jam bergantung pada pengaturan masing-masing.

- Iklan -

Jika terlalu banyak air disiram dalam satu kali siraman, dikhuatiri air tersebut gagal diserap oleh sabut yang berada di dalam polibag. Sekali gus menyebabkan pembaziran.

Rujuk jadual di bawah untuk contoh masa siraman yang kami tetapkan. Jadual dibawah merujuk kepada sistem 1 air baja fertigasi sahaja. Air kosong diberi pada hari sabtu dan ahad sepenuhnya.

Masa SiramanSiraman Input
8.00 PagiAir Baja
10.00 PagiAir Baja
12.00 Tengah HariAir Baja
2.00 PetangAir Baja
4.00 PetangAir Baja

Manakala, jadual di bawah pula adalah contoh bagi mereka yang mempunyai sistem 2 tangki air, satu tangki untuk air baja, satu lagi untuk air kosong.

Masa SiramanSiraman Input
8.00 PagiAir Baja
10.00 PagiAir Baja
12.00 Tengah HariAir Baja
2.00 PetangAir Kosong
4.00 PetangAir Kosong

Jadual di atas hanya menyatakan pada jam berapa pam akan berfungsi untuk mengepam air di dalam tangki ke polibag.

Jadual Siraman Baja AB Fertigasi

Saudara perlu rujuk jadual yang kami kongsikan di dalam artikel Jadual Siraman Baja AB Fertigasi Cilibangi.

Di dalam jadual berikut kami kongsikan jumlah siraman yang diperlukan setiap polibag pada setiap hari.

Terdapat dua jadual yang saudara boleh ikuti. 1 kaedah biasa iaitu 1 pokok 1 polibag. Manakala, kaedah kedua adalah 2 pokok 1 polibag.

Jadual siraman baja ab fertigasi
Kaedah Biasa, 1 pokok 1 polibag
Jadual siraman baja ab fertigasi
Kaedah Paksa, 2 pokok 1 polibag

Bagaimana cara nak dapatkan set mini fertigasi cilibangi?

  1. Boleh dapatkan mini fertigasi di kedai online Shopee Cilibangi atau di cilibangi.com.
  2. Peralatan ini juga boleh didapati di kedai fizikal kami di Serotech Education Farm, Kajang Selangor.
  3. Kelengkapan ini mudah diperoleh di kedai pertanian atau di sesetengah nurseri yang menjual anak pokok.
  4. Klik PM Cilibangi untuk berhubung terus dengan pegawai Cilibangi. Kami akan bantu anda.

Saya Mahu Mini Fertigasi

Via Cilibangi

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

2 Komen
  1. Hendryvon berkata

    Salam tuan
    Berapa usia pokok yang memerlukan baja AB?contoh;
    Cili baru ditanam,1minggu,2minggu,3minggu,1 bulan dan seterusnya,berapa kandungan baja AB bagi tempoh2 yang saya nyatakan diatas khususnya cili baru di taman di dalam polibeg?tqvm

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam,

      Anak pokok cili boleh didedahkan pada baja AB seawal 15 hari selepas semaian. Namun pada kepekatan 1.0-1.5 EC sahaja. Dan kekerapan siraman hanya pada waktu pagi, manakala pada waktu petang akan diberikan air kosong sahaja.

      Untuk jadual kepekatan baja tersebut, saya ada tuliskan dalam artikel berikut: https://www.cilibangi.com/blog/jadual-siraman-baja-ab-fertigasi/