Cara-cara Menetapkan Program Alat Pengatur Masa (Timer)

Tanpa alat pengatur masa ini, saudara terpaksa mengawal suis pam untuk memastikan pam air dapat mengepam air ke seluruh polibag yang berada di dalam sistem fertigasi.

- Iklan - - Iklan -

Alat pengatur masa atau Timer ini berfungsi sebagai alat untuk mengawal operasi sesuatu peralatan elektrik. Keupayaannya seperti suis ini sangat membantu dalam pekerjaan manusia.

Tanpa alat pengatur masa ini, saudara terpaksa mengawal suis pam untuk memastikan pam air dapat mengepam air ke seluruh polibag yang berada di dalam sistem fertigasi.

Kawal Aktiviti Pam Air Dengan Timer

Pam air hanya berfungsi untuk mengepam air pada waktu siang sahaja. Sistem fertigasi tidak menjalankan apa-apa aktiviti pada waktu malam.

Pokok hanya aktif menyerap air pada waktu siang sahaja.

- Iklan - - Iklan -

Jadi dalam tutorial ini, saudara akan belajar bagaimana cara-cara untuk menetapkan program alat pengatur masa mengikut jadual siraman pokok.

Klik Sini Untuk Dapatkan Timer Secara Online

Cabaran Teknikal

Ada beberapa cabaran yang sering berlaku apabila menggunakan alat pengatur masa ini, antaranya:

  1. Skrin tiba-tiba terpadam.
  2. Masa tidak menunjukkan masa yang sebenar.
  3. Pam sentiasa berjalan, walaupun timer sudah dipasang.

Apabila menggunakan timer digital ini, kerisauan adalah pada hari hujan. Seandainya waktu hujan turun itu adalah hujan yang biasa, alat ini tiada masalah.

Namun, jika hujan terlalu lebat ditambah pula dengan kilat sambar menyambar, akan berlaku gangguan pada alat pengatur masa ini.

Gangguan seperti 3 perkara yang saya catatkan di atas tadi akan berlaku.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Berlaku Gangguan

Saudara hanya perlu menekan butang reset yang terdapat pada panel alat pengatur masa tersebut. Boleh gunakan pencungkil gigi atau lidi.

Elakkan penggunaan alat yang tajam, ini bakal merosakkan struktur butang reset tersebut.

Kemudian, ikuti semula langkah-langkah yang diterangkan di dalam video di atas.

Klik Sini Untuk Dapatkan Timer Secara Online

Baca artikel berkaitan Fertigasi:

  1. 23 Langkah Bina DIY Mini Fertigasi di Rumah Atau Sekolah
  2. Memahami Saiz & Fungsi Paip Dalam Sistem Fertigasi
  3. Asas Pengenalan Baja AB Fertigasi Dalam Berkebun
  4. Cara-Cara Membancuh Baja AB Fertigasi
  5. Panduan Membancuh Pekatan Baja AB Fertigasi
  6. Fungsi Dan Kesan Elemen Nutrien Di Dalam Baja AB Fertigasi
  7. Video: Cara Bancuhan Baja AB Menggunakan EC Meter
  8. Video Bancuh Baja AB Tanpa Menggunakan EC Meter
  9. Jadual Siraman Baja AB Fertigasi Cilibangi
  10. Video Sukatan Bancuh Baja AB Menggunakan Penutup Botol
  11. Video Cara-cara Memasang Mini Fertigasi Di Rumah

Bagaimana cara nak dapatkan set mini fertigasi cilibangi?

  1. Boleh dapatkan mini fertigasi di kedai online Shopee Cilibangi atau di cilibangi.com.
  2. Peralatan ini juga boleh didapati di kedai fizikal kami di Serotech Education Farm, Beranang Selangor.
  3. Kelengkapan ini mudah diperoleh di kedai pertanian atau di sesetengah nurseri yang menjual anak pokok.
  4. Klik PM Cilibangi untuk berhubung terus dengan pegawai Cilibangi. Kami akan bantu anda.

Saya Mahu Mini Fertigasi

Via Cilibangi

Anda mungkin juga berminat

Balas Untuk Hendryvon
Batal Balas

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

2 Komen
  1. Hendryvon berkata

    Salam tuan
    Berapa usia pokok yang memerlukan baja AB?contoh;
    Cili baru ditanam,1minggu,2minggu,3minggu,1 bulan dan seterusnya,berapa kandungan baja AB bagi tempoh2 yang saya nyatakan diatas khususnya cili baru di taman di dalam polibeg?tqvm

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam,

      Anak pokok cili boleh didedahkan pada baja AB seawal 15 hari selepas semaian. Namun pada kepekatan 1.0-1.5 EC sahaja. Dan kekerapan siraman hanya pada waktu pagi, manakala pada waktu petang akan diberikan air kosong sahaja.

      Untuk jadual kepekatan baja tersebut, saya ada tuliskan dalam artikel berikut: https://www.cilibangi.com/blog/jadual-siraman-baja-ab-fertigasi/