Tip Alih Anak Pokok Dari Tapak Semaian

Bilakah masa sesuai untuk memindah anak benih setelah ia bercambah? Jom kita kenali tip-tip agar anak benih kita berada dalam keadaan baik untuk membesar.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Nota Editor:  Bilakah masa sesuai untuk memindah anak benih setelah ia bercambah? Jom kita kenali tip-tip agar anak benih kita berada dalam keadaan baik untuk membesar dan terus membesar membekalkan kita makanan yang sihat untuk seisi keluarga!

Artikel ini kami kongsikan daripada laman KebunBandar.Com hasil pertanyaan dan perbincangan dalam komuniti Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Semoga bermanfaat.


 

Biji benih sayur kebiasanya akan mengambil dua hari hingga seminggu untuk bercambah. Ketika bercambah anak benih akan mengeluarkan dua daun untuk proses fotosintesis. Apabila anak pokok semakin membesar, akan tumbuh daun sebenar.

Anak Pokok Cili
Anak Pokok Cili

#1 Pastikan Daun Sebenar Muncul

Ketika tumbuh daun sebenar inilah tanda anak pokok sudah boleh dipindahkan ke media yang lebih sesuai. Pertumbuhan daun sebenar menandakan anak pokok sudah mempunyai akar yang kuat untuk mencari makanan sendiri.

Biasanya kita akan pindah anak pokok apabila terdapat dua hingga empat daun sebenar. Tempoh untuk anak pokok mengeluarkan daun sebenar adalah di antara dua hingga tiga minggu selepas bercambah.

#2 Siram Sejam Sebelum Dipindahkan

Apabila kita ingin memindahkan anak pokok ke atas batas atau pasu yang lebih besar, pastikan kita menyiram dahulu anak pokok itu. Ini agar proses penyerapan air berlangsung semasa proses pemindahan berlaku.

- Iklan -

- Iklan -

#3 Pindah Di Tempat Redup

Anak pokok adalah seperti bayi yang baru lahir. Ia memerlukan jagaan yang rapi agar proses tumbersarannya berjalan dengan baik. Cahaya matahari terik mampu membuatkan anak pokok mudah layu selepas dipindahkan. Pastikan jika kita memindah ke atas batas, terdapat pelindung agar anak pokok dapat berteduh selama seminggu sebelum ia kuat. Jika tanam di dalam pasu, letakkan di tempat redup dahulu sebelum pindah di tempat yang terkena cahaya matahari penuh.

#4 Pembajaan

Ramai yang lupa bahawa anak pokok juga memerlukan baja untuk pembesaran yang sihat dan kuat. Apabila kita pindah di tempat baharu, letakkan baja organik atau baja NPK hijau. Letak berdasarkan dos yang disyorkan. Biasanya letakkan satu sudu teh untuk setiap satu anak pokok.

#5 Kelembapan Media Baru

Pastikan selepas kita memindah kita terus menyiram anak pokok. Kita tak mahu anak pokok kering kehausan selepas terkejut dengan persekitaran barunya.

Ekstra:

Apa Akan Terjadi Jikalau Dibiarkan di Tapak Semaian?

Kemungkinan besar anak pokok akan terbantut kerana akar pokok akan mula mengeras dan berserabut di satu tempat.

Jadi, pastikan kita memindah anak pokok tepat pada masanya agar penanaman berjalan dengan lancar.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Balas Untuk shira
Batal Balas

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

3 Komen
  1. Izham Alias berkata

    Saya dapati artikel ini dicedok daripada KebunBandar.com tanpa kebenaran penulis. Adakah tanamcili.com mengamalkan plagiarisme? Hmmm.

    1. Fikri berkata

      Mohon maaf Tuan Izham,

      Sebahagian maklumat di dalam artikel ini kami rujuk di blog tuan yang sangat informatif iaitu KebunBandar.com. Kemudian, kami mengolah semula maklumat tersebut untuk difokuskan khusus pada tanaman cili sahaja. Manakala di dalam blog tuan fokus dalam semua tanaman.

      Untuk makluman Tuan, kami telah memberikan kredit penuh dan sumber maklumat artikel ini dari blog Tuan di awal penulisan lagi.

      Seandainya Tuan tidak juga membenarkan artikel ini dipaparkan di tanamcili.com, kami akan mengeluarkan artikel ini secepat mungkin.

      Mohon maaf di atas kesulitan yang timbul. Untuk makluman tuan kami juga pernah membuat promosi blog Tuan di fan page kami. Kami percaya dalam keterbukaan kita berkongsi Ilmu, ini dapat menggalakkan lagi lebih ramai rakyat Malaysia menanam di rumah.

      Kami juga terbuka untuk bekerjasama dengan pihak tuan.

      Ikhlas,
      Fikri.

  2. shira berkata

    Assalammualaikum..saya setuju gan pendapat En.Fikri! Berkongsi ilmu xsalah apatah lagi menyampaikan maklumat utk para pembaca.Apa pun tahniah kpd semua yg berkongsikan tip alihan semaian ini.