Tahukah Anda Apa Itu Tanaman Pengiring?

Tahukah anda jika anda memilih tanaman peneman yang betul untuk pokok cili anda hasilnya akan lebih lumayan.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Tahukah Anda Tanaman Pendamping?
Tahukah Anda Tanaman Pengiring?

Kita selalu menanam pelbagai jenis sayur/tanaman lain selain menanam cili. Tahukah anda jika anda memilih tanaman peneman yang betul untuk pokok cili anda hasilnya akan lebih lumayan.

Kenapa Perlunya Tanaman Pengiring Untuk Cili

Tanaman pengiring atau companion planting yang ditanam di kebun boleh berfungsi untuk beberapa tujuan iaitu :

  1.  Memaksimumkan ruang kebun
  2.  Menarik perhatian agen pendebungaan
  3.  Mengumpan serangga perosak dari tanaman lain
  4.  Memberi naungan atau sebagai penghalang angin
  5.  Menutup permukaan tanah bagi menghalang pertumbuhan rumpai
  6.  Membantu meningkatkan pertumbuhan, rasa atau hasil tanaman makanan

8 Contoh Tanaman Pengiring Cili Yang Boleh Anda Tanam

#1 Kucai

Menanam kucai berhampiran cili boleh membantu untuk mencegah kutu daun dan serangga lain. Ia dikatakan dapat meningkatkan rasa dan hasil tumbuhan berhampiran.

#2 Lobak Merah

Menanam lobak merah sekitar pokok cili boleh membantu naungan daripada rumpai, memberikan mulsa hidup dan adalah cara yang baik untuk memaksimumkan ruang dalam kebun.

#3 Bawang

Bawang tidak mengambil banyak ruang di atas tanah dan dikatakan untuk menghalang banyak serangga perosak biasa di kebun seperti afid, sipu dan cacing kubis.

- Iklan -

#4 Salad

Salad sebagai tanaman peneman cili adalah cara yang baik untuk mendapatkan hasil tanaman dalam ruang yang kecil kerana tabiat pertumbuhan salad lebih rendah. Menanam salad juga dapat menghalang pertumbuhan rumpai.

#5 Bendi

Menanam pokok bendi berhampiran boleh memberi perlindungan angin dan naungan separa bagi cili pada musim panas dan boleh memberi perlindungan daripada perosak seperti kutu daun.

#6 Jagung

Tabiat pertumbuhan yang tinggi menjadikan pokok jagung berfungsi sebagai penahan angin atau memberi keteduhan pada tanaman cili. Jagung juga dikatakan bertindak sebagai tanaman perangkap untuk afid.

#7 Bawang Putih

Bawang putih sebagai tanaman peneman cili boleh membantu menghalau atau menghalang afid dan kumbang dari menjangkiti cili. Menanam bawang putih di sekeliling pokok cili atau cili antara bawang putih adalah satu cara untuk memaksimumkan ruang kebun untuk hasil yang lebih baik.

#8 Terung

Terung adalah satu famili dengan cili. Pokok terung boleh hidup pada keadaan tanah yang sama dengan pokok cili.

Contoh tanaman peneman cili di atas adalah sebahagian daripada 32 contoh tanaman peneman cili. Untuk mendapatkan maklumat mengenai contoh yang lain anda boleh baca di Treehungger.Com.

KEMASKINI: Kami telah mengemaskini maklumat di dalam artikel ini dengan mencadangkan penanaman cili bersama pokok jagung adalah yang terbaik setakat ini. Boleh rujuk di artikel Cara Kawal Ulat Ratus Secara Biologi.

Group FB Tanam Cilibangi


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.