Kenali Virus Timun Mozek (CMV) Yang Menyerang Pokok Cili

Salah satunya adalah menyebabkan pokok terbantut, pokok yang tidak produktif mempunyai dedaun hijau dengan rupa yang liut.

Cucumber Mosaic Virus (CMV)
0
- Iklan - - Iklan -

Virus Timun Mozek (CMV)

  • Jangkitan afid cucumovirus
  • Di dapati diseluruh kawasan
  • Sumber: World Vegetable Center

Simptom-simptom

Salah satunya adalah menyebabkan pokok terbantut, pokok yang tidak produktif mempunyai dedaun hijau dengan rupa yang liut.

Dalam beberapa kes ada daun menjadi mengecil dan tidak lagi berkembang, manakala dalam kes lain, bintik nekrotik kecil atau bintik bulatan dengan corak daun oak berkembang.

Kadang-kadang garis nekrotik akan bertumbuh di sekitar daun. Daun yang terjejas akan gugur pramatang. Pokok-pokok yang lebih tua yang dijangkiti akan kelihatan tompok-tompok pada dedaun.

- Iklan - - Iklan -

Punca & Langkah Mengatasi

Virus mudah memasuki liang-liang yang terbuka atau luka yang ada pada permukaan pokok. Ditambah dengan kehadiran serangga perosak seperti afid dan white flies yang sangat menggemari daun sayuran.

Virus menjadikan serangga perosak ini sebagai vector, penumpang untuk virus bergerak dan survive.

Kekurangan kalsium turut menyumbang peningkatan gejala serangan. Semburan foliar yang mengandungi kalsium boleh membantu melawan gejala ini.

Kawalan serangga yang teratur sangat memainkan peranan agar pokok yang dijangkiti tidak menjangkitkan kepada pokok yang lain melalui perantaraan serangga.

BACA: 3 Langkah Mudah Mengawal Serangga Putih Bawah Daun

Pautan Asal:

DISEASE #2 – Cucumber Mosaic Virus- Aphid-Transmitted Cucumovirus- Found worldwide- Source: World Vegetable…

Posted by Cilibangi UKM on Friday, 1 June 2012

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.