Sistem Siraman Air Automatik DIY

Dengan menggunakan bahan terbuang yang sedia ada di rumah, anda mampu membuat sistem siraman automatik DIY sendiri. Namun, sistem ini memerlukan pemantauan yang kerap untuk memastikan air sentiasa mencukupi.

- Iklan - - Iklan -

Nota Editor : Dipetik dari Group Komuniti Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri yang dikongsi oleh saudara Mohd Thamil Johar. Dengan menggunakan bahan terbuang yang sedia ada di rumah, anda mampu membuat sistem siraman automatik DIY sendiri. Namun, sistem ini memerlukan pemantauan yang kerap untuk memastikan air sentiasa mencukupi.

Sebelum ini telah ada yang menunjukkan teknik siraman menggunakan kaedah fertigasi. Mungkin bagi sesetengah individu agak rumit kerana mempunyai kekangan masa. Teknik siraman ini diilhamkan oleh saudara Ayub Wong yang telah memuatnaik video ini pada tahun 2011 di youtube.

Tuan Mohd Thamil Johar telah mengadaptasikan idea yang Tuan Ayub Wong ilhamkan. Bagaimana pun semua gambar dan alat-alat yang tertera di sini adalah dari kerja Tuan Mohd Thamil Johar sendiri. Dengan asas RM20.00 dan bahan buangan, kerja pemasangan akan menjadi lebih mudah. Semoga semuanya mendapat faedah.

 

Gerudi

- Iklan - - Iklan -

Digunakan untuk menebuk lubang penutup botol.

 

Pam Udara

Gunakan Air Pump yang mempunyai 2 saluran udara.

 

Salur paip jernih

Boleh beli lebih dari 4 meter sebagai simpanan.

 

Drip Valve

Penggunaan Drip Valve untuk melaraskan kelajuan siraman air ataupun hanya sekadar titisan air sahaja yang keluar.

 

Pam Udara

Letakkan pam udara pada tempat yang tinggi. Gunakan ia sebagai pembekal air.

 

Y Connector

Udara di pam masuk dari 2 lubang yg ada di pam, disatukan untuk dimasukkan ke dalam tangki utama. Ini adalah bagi menolak air di dalam tangki utama.

 

Tangki 1

Inilah tangki utama. Air dari tangki ini akan masuk ke dalam tangki ke dua melalui tekanan udara yang terhasil dari pam. Pastikan anda telah menebuk dua lubang di bahagian atas botol. Hanya tangki ini sahaja yang perlu ditambah air sekiranya telah berkurangan.

 

Tangki 2

Tangki kedua ini perlu diisi air pada peringkat awal kerana air dari tangki inilah yang akan keluar untuk menyiram pokok. Sekiranya air di dalam tangki kedua ini sudah berkurang maka tangki pertama tadi berfungsi sebagai pembekal air untuk tangki ini pula.

 

Komponen Tangki

Boleh juga menggunakan tong yang lebih besar untuk menimatkan masa. Selain dari itu saluran air keluar ke pokok bergantung kepada keadaan susunan pokok. Mungkin lebih banyak penyambung dan salur (clear hose) diperlukan.

 

Selamat Mencuba.

Sumber: Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

 

Mencari peralatan penanaman untuk kebun mini di rumah?

Dapatkan produk seperti peralatan fertigasi, baja dan lain-lain dengan 2 cara berikut:

  1. Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
  2. Pembelian di Shopee Cilibangi.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.