7 Penyakit Pokok Cili Yang Sentiasa Dihadapi Pengusaha Tempatan

Malaysia berusaha meningkatkan pengeluaran hasil cilinya bagi memenuhi permintaan pasaran. Namun, cabaran dari segi pengawalan penyakit dan serangga masih menghantui sebilangan petani tempatan.

Pokok Cilibangi-3
0
- Iklan - - Iklan -

Malaysia merupakan antara negara yang sangat tinggi menggunakan cili dalam pemakanan. Ini terbukti dengan data yang menunjukkan sayuran jenis cili ini berada dalam senarai pengimport sayuran tertinggi di Malaysia.

Seiring itu, Malaysia turut berusaha meningkatkan pengeluaran hasil cilinya bagi memenuhi permintaan pasaran. Namun, cabaran dari segi pengawalan penyakit dan serangga masih menghantui sebilangan petani tempatan.

Berikut disertakan senarai 7 penyakit yang kebiasaannya dihadapi oleh pengusaha cili tempatan.

 

virus_cili

- Iklan - - Iklan -

1. Kerinting

Kerekot daun cili atau dipanggil juga sebagai kerinting daun merupakan satu jenis penyakit yang menyerang tanaman Cili Besar (Capsicum annum) dan juga Cili Padi (Capsicum frustecens).

Masalah ini merupakan satu ancaman yang serius kepada industri penanaman cili secara komersil kerana ianya mampu merosakkan tanaman cili dan merugikan petani. Akibatnya bunga dan buah tidak terbentuk malahan akhirnya pokok akan tidak sihat dan tidak produktif.

Masalah Kerekot Daun juga dikenali sebagai Penyakit Mozek Virus pada tanaman cili adalah disebabkan oleh serangan Virus Mozek (Mozaic virus). Diantara virus mozek yang telah dikenalpasti seperti CMV, CVMV, TMV dan TWSV.

penyakit cili virus CVMV
Chilli Veinal Mottle Virus (CVMV)

 

Cucumber Mosaic Virus (CMV)
Cucumber Mosaic Virus (CMV)

Kajian menunjukkan virus dan penyakit ini menyerang seluruh bahagian pokok tetapi amat ketara simptomnya pada bahagian pucuk muda tanaman cili. Simptom-simptom serangan adalah apabila di dapati daun berkerekot dan ada berbintik-bintik dengan urat daun akan membengkak.

Lazimnya pertumbuhan pokok akan terbantut dan tidak banyak bunga cili dihasilkan pada pokok cili. Akibatnya pokok kurang berbuah dan kalau ada buah pun saiznya kecil sahaja dengan bentuknya berbagai-bagai rupa tidak seperti bentuk cili yang kita kehendaki.

Daripada rujukan dan pemerhatian, di dapati penyakit ini merebak melalui pelbagai cara. Ia bermula daripada perebakan melalui biji benih, cara menyediakan anak benih ditapak semaian dan paling serius disebarkan oleh serangga seperti Kutu Daun (Aphis spp) atau Kutu Thrips (Thrips spp).

Kutu daun menyerang semua bahagian daun, bunga dan buah dengan menghisap cairan mengakibatkan daun menjadi kerekot, bunga gugur dan buah terbantut. Serangga ini akan membawa bersama virus mozek daripada pokok yang terjejas kepada pokok-pokok lain yang sihat.

Walaupun kawalan terhadap Kutu Daun dan Kutu Thrips boleh dikawal dengan semburan racun kimia mahupun organik, tetapi virus tidak dapat dikawal. Populasi serangga pembawa virus ini dikawal dengan semburan racun chlorpyrifos, cypermethrin, deltamethrin, dimethoate selepas lebih 20% kadar serangan diladang.

Bintik Daun
Bintik Daun. Sumber: Anim Agro
2. Bintik daun (Cercospora capsici)
Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun.  Amalkan tanaman giliran.  Sembur dengan racun kulat seperti chlorothalonil, mancozeb.  Rawat biji benih dengan racun kulat.
Hawar Pucuk
Hawar Pucuk. Sumber Doktor Tani MARDI

3. Hawar pucuk (Choanephora cucubitarum)

Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora hitam pada pucuk.  Rawat biji benih dengan racun kulat.
Sumber
Sumber

4. Reput pangkal (Sclerotium roolfsii)

Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput.   Rawat biji benih dengan racun kulat.

 

lecur anak benih
Lecur Anak Benih. Sumber: Doktor Tani MARDI

5. Lecur anak benih (Phthium sppp. dan Rhizoctonia spp.)

Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuhh.  Anak benih layu, rebah dan mati.

 

daun menjadi kekuningan dan akan mati
Daun menjadi kekuningan dan akan mati. Sumber: Doktor Tani MARDI

6. Layu bakteria ( Ralstonia solanacearum)

Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati.  Jika akar atau batang dipotong atau direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih.  Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit dan amalkan tanaman giliran. Sistem saliran perlu diperbaiki.

 

Antraknos Buah
Kulat Antraknos

7. Antraknos Buah

Sembur kawalan organik seperti Ekstrak Neem atau racun kulat seperti Mancozeb.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.