Serbuk Ini Dikatakan Mampu Memangkin Proses Pembuatan Baja Kompos

Hari ini, masyarakat makin menggemari gaya hidup yang sihat dan kesedaran itu semakin hari semakin menebal di hati rakyat Malaysia. Seperti yang kita maklum, dengan menjaga pemakanan, kesihatan turut terjaga.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Nota Editor: Hari ini, masyarakat makin menggemari gaya hidup yang sihat dan kesedaran itu semakin hari semakin menebal di hati rakyat Malaysia. Seperti yang kita maklum, dengan menjaga pemakanan, kesihatan turut terjaga.

Perkongsian ini ditulis oleh Puan Salina Shamsudin melalui medium Kebun Bandar untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang berminat untuk menghasilkan baja kompos mereka sendiri.

BACA: Pembajaan Yang Teratur

Nota tambahan, sekiranya anda berada di kawasan bandaraya besar yang sangat sukar untuk mendapatkan sumber dedak padi, dedak tersebut boleh diganti dengan dedak ayam.

Bokashi Bran
Bokashi Bran Foto: cotswoldchickens.com

SERBUK BOKASHI/BOKASHI BRAN

Apa maksud BOKASHI ?

Bokashi adalah perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud ‘bahan organik yang diperam/tapai’.

Apakah BOKASHI BRAN ?

Bokashi Bran ialah bahan2 kering, yang punyai unsur karbon, contohnya dedak padi/gandum, kulit padi/gandum, habuk papan, cocopeat, ataupun kertas suratkhabar yang dicarik-carikkan dan kemudiannya dicampurkan dengan EM (mikrob), molasses, air dan beberapa bahan lain dan diperam dalam tempoh tertentu sebelum dijemur kering.

Apabila telah siap, bahan-bahan yang kering tadi (iaitu serbuk bokashi) ini akhirnya penuh dengan mikrob. Serbuk bokashi inilah yang akan digunakan dalam proses membuat kompos bokashi/bokashi kompos.

Apakah KOMPOS BOKASHI ?

- Iklan -

Kompos bokashi ialah proses mengkompos bahan-bahan organik, yang terdiri dari sisa dari dapur (sisa sayur, nasi, perut ikan, daging, kek, mee, dsb), sisa tanaman, dengan menggunakan mikrob (yang terdapat dalam serbuk bokashi).

Kegunaan lain BOKASHI BRAN

Selain dari digunakan dalam kompos bokashi, bokashi bran ini boleh juga digunakan untuk merawat/menghilangkan bau najis haiwan, dimasukkan ke dalam kompos biasa, boleh memperbaiki keadaan tanah (membekalkan mikrob tambahan dalam tanah), juga boleh digunakan sebagai makanan tambahan untuk ayam/itik.

Bokashi Bran
Foto: Kebun Bandar

Bagaimana membuat BOKASHI BRAN

Anda perlukan :

1. 2kg dedak/sekam/habuk papan
2. 1L air panas tanpa klorin (jumlah air bergantung kepada jenis bahan kering yang dipakai. Sekam perlukan air yang lebih banyak dari dedak.
3. 200ml EM
4. 200ml molasses
5. 100ml baja ikan (jika ada)

Cara membuat :

1. Campurkan semua bahan cair, tuangkan kedalam bahan kering (macam buat biskut pulak….).
2. Gaulkan semuanya, anda akan tahu adunan ini sempurna bila adunan digenggam dan ia berketul. Baunya wangi, manis seperti bau jeruk.

3. Masukkan adunan ini dalam beg plastik, mampatkan supaya sebanyak mungkin udara keluar, kerana adunan ini perlu disimpan/peram tanpa oksigen atau dalam kata lain, ialah proses anaerobik.

4. Ikat ketat beg plastik, label tarikh, dan simpan ditempat sejuk dan jauh dari cahaya matahari, selama sekurang-kurangnya 2 minggu.

5. Jika anda dapati ada kulapuk berwarna putih selepas diperam selama 2 minggu, itu petanda baik. Kulapuk ini kulapuk baik. Bau harum bagai jeruk juga petanda bokashi bran ada menjadi. Jika bau busuk atau ada kulapuk hitam, kemungkinan besar bokashi bran anda tak menjadi. Buang ajelah.

Selepas 2 minggu, anda boleh keluarkan dari plastik peraman, dan jemur kering. Simpan dalam bekas bertutup atau kedap udara. Penggunaan dalam kompos bokashi akan saya tunjukkan dalam post/album yang seterusnya, InsyaAllah.

Bagi yang berminat, selamat mencuba.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

4 Komen
  1. Asimah berkata

    Bagaimana nk dapat bokashi powder yg dh siap sedia difunakan?

    1. Fikri Mastor berkata

      Puan Asimah yang dihormati,

      Baja bokashi ni ada dijual di sebahagian besar nurseri.

  2. Cikgu berkata

    Askm. Saya dah buat bokashi bran. Bhn yg saya nk kompos iaitu sisa dapur dah mencair. Simpan agak lama. Perlukah saya tapis airnya.

    1. Fikri Mastor berkata

      Ya cikgu, perlu ditapis airnya.