Menu Sahur Ringkas #13 Ramadhan, Telur Bungkus

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Kali ini  kami kongsikan resepi sahur yang seterusnya iaitu TELUR BUNGKUS.

Resepinya simple sahaja tapi hasilnya memang yummy. Kalau makan time panas-panas lagi best. Kalau dah tak tahu nak masak apa untuk sahur, boleh lah cuba resepi ni. Kali ini kami kongsikan video cara memasak TELUR BUNGKUS.
Jom cuba.

Telur Bungkus. Foto: Dapur Malaysia

Bahan-bahan

  1. 2 biji telur
  2. 250 g isi ayam – dipotong dadu
  3. 150 g sayur campur (mix veggie)
  4. 7 ulas bawang merah – dikisar
  5. 1 ulas bawang putih – dikisar
  6. 2 sudu besar cili kisar
  7. 1 sudu besar sos cili
  8. 1 sudu besar sos tiram
  9. Garam dan gula

Cara-cara (inti ayam)

- Iklan -

1.    Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2.    Masukkan cili kisar, kacau sekata dan biarkan seketika.
3.    Masukkan sos cili, sos tiram, sedikit air dan isi ayam. Kacau sekata.
4.    Masukkan sayur campur, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kering.

Cara-cara (telur bungkus)

1.    Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan sedikit garam dan pukul sehingga sebati.
2.    Panaskan kuali dan sapu permukaan kuali dengan sedikit minyak.
3.    Masukkan telur ke dalam kuali dan dadarkan sehingga memenuhi kuali.
4.    Bila telur masak, tuangkan inti ayam ke atasnya dan lipat telur tersebut.
5.    Terbalikkan telur yang siap dilipat. Siap untuk dihidangkan.

Sumber resepi : Dapur Malaysia

Kali ini kami kongsikan video cara memasak telur bungkus.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.