Menu Berbuka #12 Ramadhan Mee Kari

Kombinasi seafood iaitu kerang dan udang juga sememangnya menambah lebih perisa untuk kuah kari.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

BERBUKA DENGAN MEE KARI

Apa kata kali ini kita berbuka dengan Mee Kari pula? Membuatnya tak sukar mana, walaupun bahannya adalah banyak sikit.

Mee kari boleh dimakan bersama dua jenis mee iaitu mee hoon dan mee kuning. Mee hoon tu kita rendam dahulu hingga lembut kemudian di rebus sebentar. Bila dah lembut angkat dan toskan. Sementara mee kuning kita celur sebentar.

Kombinasi seafood iaitu kerang dan udang juga sememangnya menambah lebih perisa untuk kuah kari.

Jom berbuka dengan Mee Kari. ^_^

Mee Kari. Foto: Azian Hasan

Bahan-Bahan:

  • 1 kg mee kuning
  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 1 kg kerang, rebus dan ambil isi
  • 300 gram udang, buang kulit
  • 2 cawan air rebusan dari kulit udang yg dibuang
  • 10-15 biji bebola ikan (fish ball)
  • 3 keping kek ikan (fish cake)
  • 4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • (boleh digantikan dengan santan kotak)
- Iklan -

Bahan untuk rempah tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari

Bahan untuk kisar halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai, hiris nipis
  • 10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
  • 2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.

Bahan untuk hiasan:

  • 4 biji telur rebus, potong dua
  • 2 tangkai sawi, potong dan rebus
  • bawang goreng
  • limau kasturi, potong dua
  • taugeh
  • daun bawang
  • cili merah
  • tauhu kering goreng
  • **saya rebus udang dan letak sebagai hiasan istimewa

 

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
  4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

Sumber: iResepi


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.