Bagaimana Memastikan Medium Semaian Tidak Kering Apabila Perlu Kerja Di Luar Kawasan

Kebiasaannya untuk peringkat semaian, terutama sekali sebelum benih bercambah, tiada penambahan baja yang diperlukan seandainya kita menggunakan medium semaian seperti peatmoss.

Rendam Bekas Semaian. Foto: Raja Yusaini
0
- Iklan - - Iklan -

Kebiasaannya untuk peringkat semaian, terutama sekali sebelum benih bercambah, tiada penambahan baja yang diperlukan seandainya kita menggunakan medium semaian seperti peatmoss.

Hanya keperluan air seharian sahaja yang perlu kita risaukan, seandainya kita merancang untuk keluar bercuti 2-3 hari atau memenuhi tuntutan kerja di luar kawasan.

BACA: Bagaimana Membuat Pengairan Titis Dengan Bahan Terbuang Di Rumah Anda

Benih cili sebagai contoh, tempoh percambahan benih secara purata adalah selama 5-7 hari. Bergantung pada jenis benih dan kadar peratus percambahan benih tersebut.

- Iklan - - Iklan -

Cadangan tips dan langkah

Berdasarkan gambar dari Tuan Raja Yusaini di atas:

  1. Cawan yang digunakan sebagai bekas semaian ini perlu dilubangkan bahagian bawahnya. Buat beberapa lubang (minimum 5 lubang) menggunakan paku payung 1 inci.
  2. Buat takungan air dengan menggunakan bekas kitar semula atau basin.
  3. Rendamkan cawan yang telah dilubangkan tersebut bersama dengan medium semaian yang sudah diletakkan benihnya ke dalam takungan tersebut. Aras air tersebut tidak perlu tinggi sehingga menyebabkan cawan tersebut tengggelam. Cukup sekadar separuh daripada tinggi cawan tersebut.

Kenapa perlu dilubangkan?

Cawan atau bekas semaian yang digunakan perlu dilubangkan supaya memastikan benih tersebut tidak terendam atau ‘lemas’. Walaupun kita tidak mempunyai perancangan untuk keluar bercuti atau merendam bekas semaian ini, bekas tersebut perlu dilubangkan.

Pada fasa awal penyemaian benih, proses rendaman yang dilakukan adalah untuk memastikan kulit benih tersebut menjadi lembut. Proses rendaman ini perlu dibuat untuk meningkatkan kadar percambahan yang sekata.

Berapa lama perlu direndam?

Tempoh rendaman sebenarnya bergantung pada berapa lama kita keluar bercuti atau berurusan di luar kawasan. Kaedah rendaman ini adalah untuk membantu memastikan medium semaian kekal basah dan lembap.

Namun, di dalam kaedah penanaman fertigasi, pada 10 hari sebelum pindah tanam, kebiasaannya tray semaian akan direndam dengan air baja AB (Baja Fertigasi) selama 3-5 minit. Cukup untuk memastikan medium semaian basah dengan air baja.

Ini bertujuan untuk memastikan anak pokok tersebut tidak terkejut dengan perubahan persekitaran apabila dipindahkan ke dalam polibag.

Kembali kepada kes di atas, seeloknya selepas benih bercambah dan membesar menjadi anak pokok, kaedah rendaman yang dibiarkan selama beberapa hari akan memberi kesan pada kadar pertumbuhannya.

Anda kini tidak perlu risau pokok tidak bersiram dan berbaja dengan set mini fertigasi ini.
Anda kini tidak perlu risau pokok tidak bersiram dan berbaja dengan set mini fertigasi ini.

Mencari peralatan penanaman untuk kebun mini di rumah?

Dapatkan produk seperti peralatan fertigasi, baja dan lain-lain dengan 2 cara berikut:

  1. Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
  2. Pembelian di Shopee Cilibangi.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.