7 Jenis Sistem Sokongan Pokok Cili Untuk Hobi & Komersial

Di dalam artikel ini, saya akan ulas sedikit berkenaan sistem sokongan pokok cili secara hobi dan komersial. Jaring timun yang paling popular sekarang.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Sistem sokongan pokok cili adalah perkara paling penting yang perlu disediakan.

Ini kerana dari segi morfologinya kita sudah tahu pokok cili memerlukan sokongan untuk menampung bebanan berat buahnya.

Tanpa sokongan, kesan yang paling buruk adalah ranting dan dahan pokok akan patah. Terutama sekali pada peringkat cili sedang galak menghasilkan buah.

Penat-penat saudara menanam. Menjaga pokok dengan cukup kasih sayang, baja foliar dan kawalan serangga organik disembur. Apabila tiba masa nak tuai, pokok patah. Penat tu!

Meskipun sudah dibuat sistem sokongan, keadaan pokok tetap sama, tetap patah apabila ditiup angin kencang.

Begitu juga dengan cilibangi, setelah mengharungi pelbagai kaedah penanaman, bermula dengan batas tanah dan sistem perpaipan konvensional secara sprinkler sehingga bertukar kepada sistem fertigasi, kami juga belajar sesuatu untuk memperbaiki teknik penanaman kami.

Dalam kes sistem sokongan ini, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan. Saya akan huraikan secara terperinci agar memudahkan saudara membuat pilihan sebaiknya.

7 Sistem Sokongan Pokok Cili

Ada 7 sistem sokongan yang saya perhatikan apabila team Cilibangi melawat ke kebun-kebun pengusaha tanaman cili ini. Sistem ini ada yang masih digunapakai oleh pengusaha tanaman fertigasi.

  1. Sokongan Buluh/Kayu Dalam Pasu
  2. Tali tepi yang menggunakan buluh ‘X’
  3. Tali ikat dahan pokok
  4. Polibeg gantung
  5. Palang H
  6. Tiang besi naco ‘X’
  7. Jaring timun

Ada kelebihan dan kekurangan untuk setiap sistem sokongan tersebut.

#1 Sokongan Buluh/Kayu Dalam Pasu

Sistem ini menggunakan tali rafia dan buluh yang telah diracik atau dipotong kepada beberapa bahagian. Boleh juga menggunakan kayu yang sederhana tebal.

Cabang ‘Y’ dan Tunas Air

Teknik ini sesuai untuk hobi di rumah dan juga bilangan pokok/pasu yang sedikit. Sebaiknya pakai pasu jenis berat dan berisi tanah.

Seandainya saudara menggunakan sabut kelapa bersama polibag, teknik ini kurang sesuai digunakan. Ini akan menyebabkan tiang buluh sokongan rebah kerana tiada cengkaman di bahagian bawah.

Baca cara dan panduan pemasangan, langkah demi langkah berdasarkan gambar yang dilampirkan di 6 Langkah Membuat Tiang Sokongan Pokok Cili.

#2 Tali tepi yang menggunakan buluh ‘X’

Untuk kaedah tali tepi dan buluh X ini, kaedah ini menggunakan kuantiti buluh yang banyak berbanding tali rafia.

Tali rafia ini dijadikan sebagai penghadang supaya mengelakkan pokok daripada tumbang ke tepi. Beberapa utas tali rafia akan diikat dari satu hujung tiang sokongan ke satu hujung yang lain.

 

Tali Tepi Buluh X
Tali Tepi Buluh X

Ini akan membuat satu bentuk ‘V’ yang akan memegang pokok yang berada di tengah-tengah. Namun, sistem ini hanya sesuai bagi satu baris pokok dalam satu-satu masa sahaja.

Tidak sesuai digunakan pada sistem polibag berkembar atau zig zag. Bahan yang digunakan untuk sistem ini adalah dawai, tali kebun, kayu dan buluh.

#3 Tali ikat dahan pokok

Kaedah ini menggunakan tali rafia sebagai bahan sokongan utama. Jika dilihat pada gambar, saudara dapat lihat banyak penggunaan tali rafia berbanding bilangan kayu sokongan.

Bahan yang digunakan untuk membina sistem tali ikat dahan pokok ini adalah kayu, tali kebun dan juga dawai.

Jika diteliti, kaedah sokongan pokok ini ibarat menggantung pokok di atas ampaian. Tali-tali yang diikat akan memegang dahan-dahan utama pokok.

 

Seandainya saudara mahu menggunakan sistem sokongan ini, saudara perlu mempertimbangkan perkara utama seperti:

  1. Gulungan tali kebun yang banyak.
  2. Disiplin mengubah suai ketegangan tali yang diikat.

Paling penting adalah disiplin mengubah suai ketegangan tali. Ini kerana pokok akan tumbuh meninggi, dan tentulah tali yang diikat dari bahagian atas ini akan semakin mengendur apabila pertumbuhan pokok mula meninggi ke atas.

Jika saudara lambat mengubah suai, keadaan pokok akan berisiko untuk patah apabila ditiup angin.

#4 Polibag gantung

- Iklan -

- Iklan -

Kaedah ini paling banyak digunakan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Kawasan ini sedia maklum menghadapi cabaran yang sukar terutama pada musim hujan.

Polibag Gantung
Polibag Gantung

Air hujan tanpa henti yang akan menyebabkan bencana banjir ini seringkali membawa cabaran besar buat kumpulan pengusaha tanaman.

Bagi mereka yang tanam di atas batas tanah, sudah tentu terjejas dengan banjir. Namun, bagi sistem fertigasi, ada alternatif yang boleh dilakukan dengan menggunakan sistem polibag gantung.

Bahan yang diperlukan untuk membina sistem polibag gantung ini adalah tali kebun, dawai, dan kayu.

Kelebihan dalam sistem polibag gantung ini:

  1. Pokok mendapat pencahayaan yang baik.
  2. Kerja-kerja penyemburan kawalan serangga juga mudah.
  3. Mengelakkan peratusan tanaman ditenggelami banjir.
  4. Proses penuaian juga mudah.

Namun, kekurangan pula adalah pada penggunaan kayu yang banyak. Setiap lima polibag yang digantung perlu diletakkan kayu sokongan.

Ini kerana bebanan pokok yang sangat berat perlu ditampung oleh tiang-tiang sokongan.

#5 Palang H

Kaedah ini sesuai digunakan untuk 1 batas yang mengandungi 2 baris polibag. Ini bermaksud, sistem sokongan ini mampu menyokong polibag berkembar, kiri dan kanan.

3 Sistem sebelum ini hanya mampu menyokong satu baris pokok sahaja. Namun, berbeza dengan Palang H yang mampu menyokong dua baris polibag.

Jarak antara tiang adalah 10 polibag untuk satu baris. Jadi secara keseluruhan, jika melibatkan dua baris polibag, setiap satu tiang sokongan perlu diselangi dengan 20 polibag.

Sistem ini menggunakan kayu atau buluh keras, dawai dan juga tali kebun.

#6 Tiang Besi Naco ‘X’

Sistem ini banyak digunakan pada pengusaha tanaman cili padi. Hanya sesuai untuk satu baris sahaja.

Ini bermaksud, sokongan ‘X’ tersebut perlu mengikut baris tanaman.

Tiang Besi Naco X
Tiang Besi Naco X

Seandainya sistem perpaipan sekunder yang saudara bina untuk sistem polibag berkembar, setiap baris perlu ada sepasang besi sokongan naco ini.

#7 Jaring Timun

Kaedah ini menggunakan tiang besi naco, sedikit kayu, jaring timun dan dawai hijau. Sokongan kayu diperlukan pada bahagian depan dan belakang baris tanaman.

Jaring Timun Pokok Cilibangi
Jaring Timun Pokok Cilibangi

Ini bertujuan untuk mengukuhkan ketengangan jaring yang dibentangkan.

Kemudian, memandangkan sistem ini mampu menampung polibag berkembar, setiap 20 polibag perlu diletakkan besi naco. Ini dapat mengelakkan jaring timun ini mengecut ke tengah, kesan tarikan dari hujung ke hujung.

Cara sistem jaring timun ini menyokong pokok, hanya dengan memegang bahagian atas/pucuk pokok sahaja.

Sistem ini pada saya paling jimat kos dan tidak menggunakan tali kebun langsung. Hanya menggunakan jaring timun, dawai, cable tight, besi naco dan juga kayu sokongan.

Paling penting adalah jimat masa dan tenaga. Ini kerana kerja-kerja mengikat tali kebun sudah tiada, tinggal melaraskan ketinggian jaring mengikut ketinggian pokok sahaja.

Kesimpulannya, berdasarkan 7 sistem sokongan yang ditulis ini, ada kelebihan dan kekurangan untuk setiap sistem. Ini mengambil faktor lokasi dan permukaan bumi setiap projek penanaman.

Namun, seandainya tanah saudara tiada risiko banjir dan rata sepenuhnya, saya sangat mengesyorkan penggunaan sistem jaring timun.

Setakat artikel ini ditulis, sistem jaring timun adalah yang terbaik dalam menyokong tanaman cili.

Itu adalah saranan saya, mungkin saudara ada sistem sokongan tersendiri. Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Via Cilibangi

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

3 Komen
  1. Muslimin sakka berkata

    Assalam ,
    Mana saya cara nak dpt kan benih cili bangi. Untuk pengetahuan tuan, saya berada di sabah

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam,

      Tuan Muslimin yang dihormati, Tuan boleh dapatkan secara atas talian di kedai online kami di https://shopee.com.my/cilibangi atau di https://www.cilibangi.com.

  2. Syed Anwar berkata

    Sistem sokongan guna jaring timun sesuai tak untuk polibeg single line ?

    Saya bercadang untuk tanam terung fertigasi menggunakan single line .

    Harap tuan dapat beri sedikit pendapat

    Sekian .terima kasih.