Bagaimana Konsep “Kebun Dalam Hospital, Hospital Dalam Kebun” Dapat Direalisasikan

Menariknya, konsep yang digunakan oleh hospital ini adalah “Kebun Dalam Hospital, Hospital Dalam Kebun” yang bertujuan memberikan salah satu aktiviti sesi rawatan terapi perubatan.

Hospital Khoo Teck Puat, Singapura
0
- Iklan - - Iklan -

Menelusuri zaman, pastinya banyak perkara akan berlaku perubahan. Tentunya, perubahan tersebut adalah sesuatu yang sangat baik seandainya dapat membantu memudahkan urusan harian manusia.

Singapura, sebuah negara yang berkeluasan 716 km2 mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi pasti mempunyai batasan penghasilan hasil tanaman. Pembangunan pesat membangun di depan belakang, kanan dan kiri. Di celahan mana lagi amalan pertanian ini dapat dijalankan.

Tidak lain adalah di bahagian atas bangunan iaitu bumbung.

Hari ini, hampir di setiap ruangan bumbung atau balkoni di Singapura terdapat landskap hijau dan mereka memang mengamalkan konsep pertanian “Roof Top“. Bahkan, bukan sahaja di kawasan perumahan wujudnya kebun di atas bumbung ini, di kawasan umum seperti hospital dan hotel juga mempunyai kebun mereka sendiri.

- Iklan - - Iklan -

Di Hospital Khoo Teck Puat, Singapura, aktiviti pertanian rancak dijalankan di atas bumbung sebuah menara yang mempunyai tujuh tingkat. Keluasan kebun tersebut kecil sedikit jika dibandingkan dengan saiz 1 padang bola sepak.

Hospital Khoo Teck Puat, Singapura

Terdapat sayuran berdaun, buah-buahan dan herba yang ditanam di kawasan tersebut seperti cili, betik, nenas, terung, daun kari, daun kemangi. Kesemua hasil tanaman ini ada yang dijual dan digunakan sendiri oleh kakitangan dan juga pesakit di hospital ini.

Menariknya, konsep yang digunakan oleh hospital ini adalah “Kebun Dalam Hospital, Hospital Dalam Kebun” yang bertujuan memberikan salah satu aktiviti sesi rawatan terapi perubatan. Hampir setiap sudut hospital ini akan ada satu kawasan yang diperuntukkan untuk unsur kehijauan ini.

Aktiviti berkebun ini dijadikan terapi oleh doktor pakar perubatan dalam sesi rawatan pesakit dementia yang berada di bawah pantauan mereka. Dengan melihat kehijauan itu dapat memberi ketenangan dan kesegaran di minda pesakit.

Kita yang sibuk bekerja pun sama apabila kembali rumah, melihat pokok-pokok kesayangan yang ditanam di kebun mini, terasa hilang sementara stress di tempat kerja.

Kebun atas bumbung di Hospital ini dibuka pada umum, dan aktiviti mengekalkan kehijauan ini dikendalikan oleh kumpulan sukarelawan yang kebanyakannya adalah penduduk di sekitar kawasan Yinshun Central, Singapura.

Adakah Malaysia Sesuai Dengan Amalan Pertanian Atas Bumbung?

Tiada masalah dari segi kesesuaian tempat atau faktor persekitaran yang berbeza. Namun, di Malaysia kita mempunyai ruang tanah yang kosong dan tidak dimanfaat sebaik mungkin untuk amalan pertanian ini. Wajar jika Singapura menggunakan alternatif ruangan bumbung bangunan sebagai pusat penghasilan makanan mereka.

Disamping berkebun dan mengeluarkan peluh, ketenangan dan kesegaran hasil tanaman dapat dinikmati. Paling penting adalah, aktiviti penanaman ini tentunya bebas racun kimia yang banyak digunakan di ladang-ladang komersial dalam membendung kesan kerosakan oleh serangga perosak.

BACA: Panduan Semburan Kawalan Serangga Elak Serangan Serangga Perosak

Dengan menggunakan kawalan serangga organik, kita tidak perlu menunggu masa yang terlalu lama untuk mengutip hasil tanaman. Jika tidak, kita perlu menunggu paling kurang dua minggu selepas semburan racun yang terakhir disembur sebelum proses penuaian dapat dijalankan.

Pokok Cili di Hospital Khoo Teck Puat, Singapura

Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang dapat digunakan untuk mengawal serangan serangga perosak ini. Pelbagai resepi dan ramuan yang dapat disediakan dengan hasil buangan yang ada dirumah kita.

Disamping selamat, dengan amalan pertanian secara natural ini, kita dapat menjimatkan pelbagai kos yang terlibat. Namun, perlu seiring dengan pengurusan pertanian yang tepat dan disiplin yang tinggi.

Mencari peralatan penanaman untuk kebun mini di rumah?

Dapatkan produk seperti peralatan fertigasi, baja dan lain-lain dengan 2 cara berikut:

  1. Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
  2. Pembelian di Shopee Cilibangi.

Sumber C3A : Ageing Well Greenroofs.com Khoo Teck Puat Hospital

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.