5 Langkah Penyediaan Ekstrak Neem (Semambu), Kawal Serangga Perosak Secara Organik

Mungkin ada di antara kita pening dengan pelbagai usaha yang telah dibuat untuk banteras makhluk yang tidak diundang di persekitaran kebun mini anda. #tanamcili #cilibangi

Keseluruhan Kanopi
15
- Iklan - - Iklan -

Nota Editor: Buat mereka yang mencari-cari resepi penyediaan ekstrak minyak neem/semambu, kami kongsikan bersama peminat setia DIY untuk mencuba resepi yang disediakan oleh Puan Salina Shamsudin. Artikel ini kami kongsikan bersama anda setelah mendapat keizinan daripada penulis.

BACA: Ektrak Semambu (Neem Oil) Bertindak Sebagai Anti Kulat Dan Penghindar Serangga

Mungkin ada di antara kita pening dengan pelbagai usaha yang telah dibuat untuk banteras makhluk yang tidak diundang di persekitaran kebun mini anda.

Nah, resepi buat ekstrak daun neem ini juga mampu menghindar serangan serangga perosak yang merosakkan tanaman kesayangan anda. Dengan semburan kawalan serangga yang berjadual, masalah serangan serangga dapat dibendung dengan baik.

- Iklan - - Iklan -

Resepi ini juga selamat digunakan untuk semua jenis tanaman, baik sayuran mahupun buah-buahan. Untuk perbincangan dan persoalan, anda boleh rujuk pada group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Selamat mencuba.

Keseluruhan Kanopi
Sembur pada keseluruhan kanopi

Bahan-bahan:

  1. 3 ranting (atau lebih) daun mambu. Jika ada buahnya masukkan juga.
  2. 5 sudu kecil bunga cengkih
  3. 500ml minyak masak
  4. Pendidih dua tingkat

Langkah Penyediaan:

1. Campur dan kisar dedaun mambu dan bunga cengkih bersama minyak masak sehingga halus.
2. Panaskan bahan-bahan yang dikisar tadi dengan pendidih dua tingkat. Gunakan api kecil.
3. Masak antara dua hingga tiga jam untuk mengeluarkan ekstrak minyak neem itu.
4. Biarkan ektrak minyak neem sejuk.
5. Tapiskan ke dalam botol simpanan.

Cara Penggunaan:

1 sudu makan minyak neem + 1 sudu makan cecair pencuci pinggan + 1 liter air, sembur pada tanaman yang kena serangan perosak. Perosak boleh dihapuskan dengan semburan minyak ini.

Kaedah dan Kekerapan Semburan:

Untuk pencegahan serangga, semburkan pada tanaman secara berkala, seminggu atau 2 minggu sekali, mengikut keperluan.

Nota tambahan:

Minyak neem ini boleh dicampurkan dengan minyak serai wangi dan minyak bawang putih semasa penggunaan. Cara pembuatan minyak serai wangi dan bawang putih lebih kurang sama dgn cara membuat minyak neem, cuma bunga cengkih tak perlu dimasukkan.

Mahukah Tuan/Cikpuan mendapatkan produk semburan organik Repellente?

Dapatkan produk Repellente dengan 2 cara berikut:

  1. Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
  2. Pembelian di Shopee Cilibangi.
Ektrak semburan ini juga sesuai digunakan pada pokok-pokok selain daripada pokok cili.

Saya Mahu Repellente!

Anda mungkin juga berminat

Balas Untuk Cilibangi UKM
Batal Balas

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

15 Komen
  1. Radzifah berkata

    Utk membuat minyak serai wangi bahagian apa yg digunakan? Adakah keseluruhan bhgn i.e btg dan daun? Atau btg sahaja?

    1. m. irfan berkata

      Radzifah untuk minyak serai wangi gunakan gunakan keseluruhan bahagian pokok. Campurkan atau blendkan dengan minyak masak. Tidak ada sukatan tertentu.

  2. syafiq berkata

    terima kasih atas info.. tanaman saya selalu di serang. so sya akan cuba guna cara ni.

  3. syafiq berkata

    mangkuk 2 tingkat tu bawah isi air ke

    1. M. Irfan berkata

      encik syafiq mangkuk dibawah hendaklah diisi airnya sukatan sebanyak 1/3 daripada mangkuk tersebut

  4. grim berkata

    Apa fungsi minyak masak? Boleh dibuat tanpa minyak masak?

    1. Fikri Mastor berkata

      Tuan/Cik Puan Grim yang baik,

      Minyak masak sebagai medium untuk mempercepatkan proses penghasilan ekstrak minyak neem.

  5. Balkhais Rifaie berkata

    Masak dengan pendidih 2 tingkat tu kukus ke..

    1. Cilibangi UKM berkata

      Satu periuk di letakkan air dan atasnya diletakkan mangkuk yang mengandungi kesemua bahan yang diperlukan.

  6. Sharifah Nur Zafirah berkata

    apa fungsi bunga cengkih dalam pembuatan minyak neem ini?

    1. Cilibangi UKM berkata

      Bahan campuran ekstrak neem, yang berperanan sebagai anti kulat juga.

    2. Nazwan Madzlan berkata

      cilibangi ukm ,nak tanya blander sekali minyak ke?

  7. Mislan Bin Yatiman M berkata

    Mayia Mamanyaii AS
    Buat ni.

  8. MegatMamut MegatMamut berkata

    Share

  9. Marina Salleh berkata

    Share