Menu Berbuka #18 Ramadhan, Ayam Percik

Ayam yang dipanggang dan dicelup dalam kuah rempah percik ini sentiasa menjadi hidangan yang dinanti-nantikan.

Ayam Percik. Foto: iResepi
0
- Iklan - - Iklan -

Siapa yang tidak suka Ayam Percik? Hidangan utama berbuka seolah-olah tidak lengkap tanpa Ayam Percik. Ayam yang dipanggang dan dicelup dalam kuah rempah percik ini sentiasa menjadi hidangan yang dinanti-nantikan.

Jom kita cuba.

Ayam Percik. Foto: iResepi

Bahan-Bahan:

•    1 ekor ayam, dipotong 4
Bahan untuk kisar halus (perapan):
•    6 ulas bawang merah
•    1 batang serai
•    4 ulas bawang putih
•    1 sudu kecil garam
•    2 cm halia

Bahan untuk kuah percik:

•    3 cawan santan pekat
•    1 batang serai
•    2 cm halia
•    4-5 tangkai cili kering
•    8-10 ulas bawang merah
•    garam secukup rasa
•    gula secukup rasa
•    sedikit asam jawa

- Iklan - - Iklan -

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam:

1.    Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.
2.    Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.

Cara- cara untuk kuah:

1.    Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak. Perasakan dengan asam jawa garam dan gula.
2.    Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Sumber : iResepi

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.