Udang Goreng Nestum Menu Sahur Ringkas

Apa lagi yang kita boleh buat dengan udang selain dari sambal petai?

Udang Goreng Nestum. Foto: 31seafood.com
0
- Iklan - - Iklan -

UDANG GORENG NESTUM Hidangan Ringkas Bersahur

Apa lagi yang kita boleh buat dengan udang selain dari sambal petai? Goreng dengan mentega pun boleh. Kalau buat goreng kunyit pun boleh. Tapi hari ini, kami nak kongsikan resepi yang pasti memikat sesiapa sahaja iaitu UDANG GORENG NESTUM.

Masakan ni simple sahaja dan amat sesuai untuk disediakan bagi juadah bersahur. Tapi biasanya yang simple tu enak dan sedap kan?

Okay lah, jom kita intai resepinya pula. Selamat Mencuba! ^_^

- Iklan - - Iklan -

Udang Goreng Nestum. Foto: 31seafood.com

Bahan-bahan:

  1. 20 ekor udang
  2. Setangkai daun kari
  3. 5 ulas bawang putih – dicincang halus
  4. 3 biji cili – dihiris
  5. Tepung Tempura
  6. Sepeket Nestum 3 in 1
  7. Mentega
  8. Garam
  9. Gula
  10. Lada sulah
  11. Minyak masak

Cara-cara:

1- Kopek kulit udang, tinggalkan bahagian ekor. Bersihkan. Terpulang jika anda tidak mahu kopek pun boleh.

2- Perap udang bersama sedikit garam gula dan lada sulah lebih kurang 15 minit.

3- Bancuh sedikit tepung tempura dengan air dan gaulkan udang tadi.

4- Goreng udang hingga masak dan kelihatan rangup. Angkat dan toskan.

5- Kemudian, panaskan kuali lain dan masukkan 4 sudu besar mentega.

6- Masukkan bawang putih yang dihiris, cili dan daun kari. Tumis hingga naik bau dan bertukar warna.

7- Masukkan sepeket nestum 3 in 1 dan kacau rata.

8- Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata laju-laju. Matikan api. Sedia untuk dihidang.

Mencari peralatan penanaman untuk kebun mini di rumah?

Dapatkan produk seperti peralatan fertigasi, baja dan lain-lain dengan 2 cara berikut:

  1. Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
  2. Pembelian di Shopee Cilibangi.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.