Menu Berbuka #21 Ramadhan, Ikan Patin Masak Tempoyak

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Ikan patin masak tempoyak pasti membuka selera sesiapa sahaja. Bau masakannya sudah cukup memukau penggemar ikan patin ini. Apa kata kali ini kita jadikan menu ini sebagai juadah berbuka.

Jom cuba.

Ikan Patin Masak Tempoyak. Foto: bigboysoven02

 

Bahan-bahan:

1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air – agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah – optional untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah – ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

- Iklan -

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak.
  2. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
  3. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
  4. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.

Nota:

  • Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.
  • Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.
  • Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

SUMBER : https://www.secubitgaramnor67.com/2014/07/masak-tempoyak-ikan-patin.html


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.