Kebun Menegak Sebagai Alternatif Penanaman Kawasan Sempit
Ruang sering menjadi isu untuk memulakan penanaman. Kenapa tidak anda gunakan dinding rumah atau pagar rumah anda untuk dijadikan kawasan penanaman?
Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
Ruang sering menjadi isu untuk memulakan penanaman. Kenapa tidak anda gunakan dinding rumah atau pagar rumah anda untuk dijadikan kawasan penanaman?
Dekorasikan dinding rumah atau pagar anda dengan tanaman seperti salad, cendawan, pokok kaktus dan lain-lain. Anda pernah dengar kebun menegak?
Kebun menegak adalah teknik berkebun yang menggunakan pelbagai sumber untuk membolehkan tanaman ditanam menegak ke atas berbanding di sepanjang permukaan tanah.
Kami kongsikan 3 video berkaitan idea yang anda boleh gunakan untuk bina kebun menegak anda.
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=wSjQehUZqjs[/youtube]
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=astlxGRoc54[/youtube]
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=sb9RPHmnxFM[/youtube]
13 Manfaat Yang Anda Dapat Untuk Penanaman Secara Menegak
Manfaat tanaman secara menegak ini dikongsi dari artikel asal di Natural News
#1 Sesuai untuk mereka yang lebih berumur kerana penanaman secara menegak dapat mengelakkan mereka selalu menunduk dan bangun.
#2 Menjimatkan ruang terutama bagi anda yang tiada kawasan tanah yang luas. Tanaman menegak boleh dilakukan pada pagar, dinding, dek, balkoni, rumah hijau atau di dalam garaj.
#3 Terdapat sistem kebun menegak yang boleh dialih dan dipindah dari kawasan luar ke bahagian dalam rumah dengan menggunakan rak yang mempunyai sistem beroda.
#4 Jika tanaman ditanam semasa musim sejuk, boleh menggunakan grow light.
#5 Tanaman komuniti adalah mudah untuk ditanam walaupun dalam ruang yang kecil.
#6 Melibatkan kurang masa dan kerja dalam menyediakan kebun menegak kerana tidak perlu membajak dan menggali.
#7 Menggunakan sumber air yang sedikit kerana kebanyakan tanaman secara menegak menggunakan air yang dikitar melalui sistem pengairan.
#8 Tanaman tidak diganggu oleh haiwan peliharaan seperti arnab.
#9 Salah satu cara yang lebih mudah untuk melindungi tanaman anda daripada perosak bawaan tanah.
#10 Tanaman peneman mudah dan lebih berfaedah apabila anda boleh menggerakkan rak penanaman untuk mendapatkan keperluan/keadaan yang optimum.
#11 Tidak menggunakan tanah bermaksud tiada atau kurang rumpai tumbuh.
#12 Dapat meningkatkan hasil tanaman kerana tanaman boleh dialih untuk mendapatkan cahaya dan peredaran udara yang lebih baik.
#13 Dapat mengelakkan daripada menggunakan kawasan yang tidak sepatutnya atau mengganggu kawasan orang lain.