Cara Merawat Medium Tanaman

Chitosan dan susu digunakan untuk rawatan ini.

Medium sabut kelapa sebenarnya boleh dirawat dan digunakan semula, selagi sabut masih berupaya memegang air.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Medium tanaman seperti tanah dan sabut kelapa boleh digunakan semula walaupun tanaman yang ditanam telah dijangkiti virus.

Untuk menanam pokok baru rawatan medium tanaman perlulah dilakukan bagi mengelakkan pokok baru dijangkiti virus yang berpunca daripada medium tanaman yang tidak dirawat.

Berikut adalah video menunjukkan cara-cara membuat rawatan medium tanaman yang menggunakan susu tepung dan Chitosan untuk bancuhan bersama 10 liter air.

Chitosan ini bukan sahaja digunakan semasa proses rawatan sabut, bahkan digunakan semasa proses rendaman benih untuk tujuan semaian dan juga sepanjang proses penanaman berlangsung.

- Iklan -

Di dalam artikel Cara-cara Menyemai Benih Cili Dalam Dulang Semaian, saudara akan belajar bagaimana menggunakan chitosan ini bersama rendaman benih.

Bahan yang terkandung di dalamnya adalah daripada cengkerang hidupan laut seperti udang, ketam, kerang dan sebagainya.

Kesan penggunaan pada pokok, serangan penyakit oleh patogen dapat dikurangkan dan meningkatkan kadar imunisasi pokok.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Via Cilibangi

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

5 Komen
  1. hajahhasimah berkata

    Assalam,citosan boleh didapati di cilibangi ke

    1. Fikri Mastor berkata

      Waalaikumsalam. Ada puan hajah hasimah.

      Berikut adalah link ke produk chitosan: https://www.cilibangi.com/produk/kitozan-250ml/

  2. Adnan berkata

    Berapa sukatan chitosan dan susu tepung tu tuan,, dan chitosan tuan ni produk dari syarikat apa.?

  3. wan berkata

    tu buat rawat mwdia sabut pakai susu tepung apa jenis jenama pun boleh kan…susutu boleh bunuh ke bakteria dlm cocopeat tanah ke….pas tu kalau siram susu tepung dekat pb yang ada pokok bol3h ke..???

    1. Fikri Mastor berkata

      Rawat sabut ini kami gunakan susu tepung dan chitosan. Tambahan boleh letak trichoderma. Tujuannya untuk merencatkan virus dan patogen yang masih wujud di dalam medium tanaman dan menguraikan akar-akar lama yang berada di dalam sabut. Untuk semburan pada pokok sedia ada juga tiada masalah.