SMK Subang Jaya Anjur Majlis Pelancaran Projek Fertigasi Cilibangi

Tahniah dan syabas diucapkan kepada tenaga kerja SMK Subang Jaya yang kuat berusaha memastikan pokok cili mereka berada pada tahap yang terbaik!

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Jumaat, 3 Ogos 2018 – Tenaga kerja Cilibangi dijemput bersama meraikan majlis perasmian Projek Cilibangi di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya, Selangor.

Program ini adalah anjuran SMK Subang Jaya sendiri dengan menjemput beberapa orang penting antaranya seperti Yang Berhormat Wong Chen (Ahli Parlimen Subang), Yang Berhormat Michelle Ng Mei Sze (Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya), Puan Mariamah Daud (Ahli Lembaga Pengarah MTDC), Puan Sharifah Nur Rahimah (CEO Serotech Sdn. Bhd.) beserta wakil Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.

Program penanaman Cilibangi di SMK Subang Jaya ini telah bermula pada Mei 2018 yang lalu. Seawal minggu ini, di penghujung bulan Julai, cili sudah mula merah di pokok dan mula dituai hasilnya.

Para guru SMK Subang Jaya terlebih dahulu merasa hasil tanaman pelajar mereka. Berdasarkan maklum balas yang diberikan, menurut para guru, cili tersebut sangat pedas dan ranggup.

Selain mempunyai saiz yang besar dan panjang, baka ini adalah yang paling pedas, ranggup dan rintang terhadap penyakit. Ini adalah ciri-ciri yang terdapat pada Varieti Cilibangi 3 yang ditanam SMK Subang Jaya.

Bagi kami di Cilibangi, pertumbuhan pokok cili di SMK Subang Jaya ini berada pada tahap yang terbaik. Daripada 200 pokok yang ditanam, hanya 10 pokok sahaja yang mengalami simptom kerinting dan berpenyakit. Ini adalah satu permulaan yang baik.

- Iklan -

- Iklan -

Dengan penjagaan yang baik, serta mengikut SOP yang dibekalkan, pokok dapat membesar dengan sihat dan terbaik. Namun, disebalik cerita tersebut, komitmen para guru dan juga pelajar sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting.

Penanaman cili dalam jumlah yang besar, bukan semudah menanam cili 2-3 pokok di tepi rumah. Ia memerlukan disiplin yang tinggi serta kepekaan terhadap perubahan cuaca.

Tambahan pula, kawalan serangga yang digunakan sepenuhnya adalah daripada ekstrak organik. Apabila musim hujan tiba, kekerapan semburan juga perlu ditingkatkan. Ini adalah aspek paling penting dalam mengawal serangan serangga dan juga perosak cili.

Syabas diucapkan kepada tenaga kerja di SMK Subang Jaya yang kuat berusaha memastikan pertumbuhan pokok cili berada pada tahap terbaik. Cikgu Yusaini Ramli, Cikgu Azrina Suboh dan rakan guru yang lain sangat komited meneruskan aktiviti ini.

Semoga berjaya menghasilkan lebih banyak cili pada hasil tuaian akan datang. Besar harapan kami di Cilibangi agar setiap perkongsian ilmu yang diberikan dapat disebarkan dan dimanfaatkan kepada lebih banyak para pelajar di SMK Subang Jaya.

Gambar kenangan bersama tenaga kerja projek fertigasi Cilibangi dan MTDC

KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.