PENJANA: Permohonan Projek Pertanian Bandar Dibuka

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia melalui Jabatan Pertanian Malaysia bakal melaksanakan Projek Pertanian Bandar.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Malaysia pasca wabak Covid-19 memberi banyak kesan kepada semua peringkat masyarakat.

Kebanyakan diuji dengan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan terutama bagi mereka yang bergantung pada sumber pendapatan harian.

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Malaysia melalui Jabatan Pertanian Malaysia bakal melaksanakan Projek Pertanian Bandar.

Projek ini bertujuan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk bandar dan luar bandar yang terkesan dengan Perlaksananan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung sejak Mac 2020.

Fertigasi cili juga boleh dibuat secara kebun bandar


Usaha yang dicadangkan oleh pihak kementerian ini dijangka dapat menggalakkan komunikasi antara komuniti di samping menjamin keselamatan makanan khususnya pada peringkat bekalan yang merisaukan sebahagian pihak.

Di dalam artikel ini kami kongsikan carta alir permohonan dan kelulusan projek.

Borang permohonan Projek Kebun Bandar ini boleh dimuat turun di laman web Jabatan Pertanian Malaysia (http://www.doa.gov.my), atau hadir ke Pejabat Pertanian yang berdekatan dengan daerah anda.

Kelayakan Permohonan adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas (terhad kepada 1 permohonan sahaja).
  2. Mempunyai minat untuk melaksanankan projek pertanian.
  3. Bersedia memberikan komitmen sepenuhnya kepada perlaksanan projek pertanian.
- Iklan -

- Iklan -

Projek Pertanian Bandar: Taman Pertanian Bandar Johor
Taman Pertanian Bandar Johor. Sumber

Terdapat dua kategori permohonan:

  1. Kategori Komuniti – Minima 10 orang peserta diperlukan bagi melaksanakan projek ini di sekitar kediaman secara berkumpulan. (Klik untuk muat turun borang)
  2. Kategori Individu – Perlaksanaan projek secara individu di kawasan kediaman masing-masing. (Klik untuk muat turun borang)

Bentuk Bantuan / Insentif

Bersifat one-off (sekali sahaja). – Input pertanian, latihan dan khidmat nasihat teknikal.

Tempoh Permohonan & Penghantaran Borang

Tempoh permohonan dan kelulusan
Permohonan dibuka sehingga 31 Julai 2020.

Borang yang telah dilengkapkan boleh dihantar melalui 2 cara berikut:
1. Email: bandar@doa.gov.my
2. Serahan tangan atau faks ke Pejabat Pertanian terdekat.

Carta Alir Projek Pertanian Bandar


Bahagian Pertanian Bandar
Aras 12, Wisma Tani, Lot 4G2,
No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
No. Tel : 03-8870 3212 / 3616 / 4226
No. Faks : 03-8870 3282
Emel : bandar@doa.gov.my


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Sumber Jabatan Pertanian Malaysia

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.