Pelajar Masalah Pendengaran Belajar Tanam Cili Di SMK Sultan Abdul Aziz Shah

Sekolah ini juga lebih dikenali sebagai SAAS, dan ini adalah kali pertama Cilibangi berprogram bersama pelajar yang mengalami masalah pendengaran.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh pelajar latihan industri dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Bangi); Cik Puan Siti Sorfina Binti Sahidan dan Norfaizatun Akma Binti Zainal Abidin. Mereka menjalani latihan industri di Serotech Education Farm bermula Jun 2018.

Penanaman pokok melalui cara fertigasi tidak asing lagi kepada masyarakat hari ini. Penanaman melalui kaedah ini lebih mudah diuruskan dan mampu memberikan hasil yang lumayan. Teknik penanaman secara fertigasi ini juga telah diterapkan didalam sistem pendidikan di peringkat menengah hari ini.

Pada 17 Julai 2018 yang lalu, Serotech Education Farm telah menghantar 4 orang wakil bagi menjayakan Projek Mini Fertigasi Cilibangi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang.

Projek ini telah dianjurkan oleh Unit Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Sultan Abdul Aziz Shah. Projek ini telah disertai oleh 30 orang pelajar pendidikan khas yang mengalami masalah pendengaran.

Komunikasi antara para pelajar dan wakil Serotech telah dibantu oleh 3 orang guru pendidikan khas dengan menggunakan bahasa isyarat. Projek Mini Fertigasi Cilibangi ini telah dimulakan seawal jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang.

- Iklan -

Para pelajar telah didedahkan dengan cara penanaman cili secara fertigasi bermula daripada penyediaan medium tanaman, pemasangan paip fertigasi, bancuhan baja AB dan cara penyemaian biji benih. Sebanyak 30 polibeg pokok cilibangi telah ditanam dalam projek ini.

AKTIVITI

 

Melalui projek ini, pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam cara penanaman melalui kaedah fertigasi disamping dapat memberi pengalaman baru kepada mereka.

Semoga aktiviti ini dapat memberi peluang kepada para pelajar meningkatkan kemahiran dan minat mereka terhadap dunia pertanian.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.