Adakah Cili Pedas Bagus Untuk Kesihatan?

Capsaicin, sejenis alkaloid yang bertanggungjawab kepada kepedasan dalam cili mampu memberi manfaat untuk beberapa penyakit dalam badan.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Makan cili yang pedas, adakah bagus?
Makan cili yang pedas, adakah bagus?

 

Sekiranya anda merupakan peminat tegar kepada makanan-makanan pedas, anda sebenarnya telah membuat satu benda baik kepada tubuh badan anda. Capsaicin, sejenis alkaloid yang bertanggungjawab kepada kepedasan dalam cili mampu memberi manfaat untuk beberapa penyakit dalam badan.

Menurut satu artikel dalam jurnal “Molecules” pada tahun 2011, kumpulan capsaicin boleh memberi kebaikan kepada tubuh badan kita kerana memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan tubuh badan kita.

Meningkatan Peredaran Darah

 

0060-0808-2613-5217_Woman_Eating_Extremely_Hot_and_Spicy_Chili_clipart_image
Pedas! Foto: Clip Art

Apabila anda memakan cili, capsaicin dalam cili tersebut akan merangsang sistem saraf dengan meningkat kadar peredaran darah. Kesan ini telah diuji ke atas tikus dalam kajian pada tahun 1993. Penyelidik telah menyuntik tikus tersebut dengan  capsaicin dan satu lagi dengan pil ubat bagi mengurangkan tekanan darah tinggi.

Apabila semua tikus diuji untuk kardiovaskular, darah tikus yang mempunyai capsaicin mempunyai peredaran darah hampir serupa dengan tikus yang terkawal. Manakala, tikus yang diberikan pil ubat peredaran darahnya dikekang. Ini menunjukkan cili boleh meningkatkan peredaran darah dan memberi kebaikan kepada kita yang mempunyai tekanan darah tinggi.

 

Mengurangkan Kolesterol

 

pepper-helps-regulate-cholesterol
Kawal tahap kolestrol anda. Foto: Vkool.Com
- Iklan -

Cili mampu mengawal tahap kolesterol. Dalam kajian “European Journal of Nutrition” 2013, capsaicin didapati mampu mengurangkan kolesterol dan meningkatkan lipoprotein dalam tubuh hamster yang telah diberi makanana berkolesterol tinggi.

Capsaicin juga didapati mempunyai kesan untuk mengurangkan penyerapan kolesterol dan membolehkan kolesterol yang berlebihan disingkirkan daripada tubuh badan. Ini menunjukkan cili memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kolesterol dalam kadar yang sihat.

 

Mempertingkatkan Pencernaan.

Dalam perubatan tradisional, rempah pedas telah digunakan bagi tujuan merangsang penghadaman dan untuk menyembuhkan masalah pencernaan. Di dalam jurnal “Applied Physiology, Nutrition and Metabolism” 2010,  mengkaji kesan capsaicin ke atas aktiviti enzim antioksidan di dalam perut dan usus.

Para penyelidik mendapati bahawa  ia dapat meningkatkan fungsi semua enzim antioksidan, menunjukkan bahawa capsaicin boleh melindungi perut dan usus ketika membantu penghadaman.

 

Mungkin Membantu Mencegah Kanser

hotpeppersgoodb
Kill Cancer. Foto: Photobucket

Capsaicin memain peranan penting dalam pencegahan kanser. Para penyelidik telah menunjukkan  capsaicin mampu menghalang pertumbuhan tumor prostat, bermakna makanan pedas ini boleh mencegah pada permulaan kanser prostat.

Sumber : Live Strong

 


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.