9 Kebaikan Cili Dalam Kehidupan Seharian Anda

Cili sangat digemari oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Buktinya, cili adalah antara sayuran yang paling tinggi diimport masuk ke Malaysia. #TanamCili

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Tanaman Cili Fertigasi
Tanaman Cili Fertigasi

Cili sangat digemari oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Buktinya, cili adalah antara sayuran yang paling tinggi diimport masuk ke Malaysia. Jom skrol artikel di bawah mengenai 9 Fakta Kebaikan Cili Dalam Kehidupan.

#1 Menurunkan Kadar Gula Darah

Penyelidik di University of Tasmania dalam American Journal of Clinical Nutrition yang diterbitkan pada bulan Julai 2006 membuktikan bahawa dengan pengambilan cili dalam kehidupan boleh memberikan kesan yang sangat positif pada orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami kencing manis.

Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa makan cili boleh membantu dengan ketara dalam mengawal tahap insulin selepas makan. Berdasarkan data yang dikumpulkan, paras gula dalam darah berkurang sehingga 60% selepas makan cili.

#2 Meningkatkan Kesihatan Jantung dan Mencegah Strok

Cili boleh mempunyai kesan dramatik pada kesihatan anda dengan membantu untuk meningkatkan peredaran darah dan juga bertindak untuk membantu melindungi daripada strok.

#3 Cili Sebagai Bahan Penahan Sakit

Dengan pengambilan cili dalam diet pemakanan, ini akan membuatkan otak kita melepaskan endorfin, iaitu hormon yang bertindak untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh tubuh badan.

Para penyelidik di Universiti Harvard menyatakan bahawa mereka percaya capsaicin boleh digunakan untuk mensasarkan reseptor rasa sakit, tanpa memberi kesan kepada sel-sel saraf atau menyebabkan kesan sampingan.

Ianya mengandungi neuropeptide di mana pengambilannya boleh mengurangkan rasa sakit dan keradangan terutamanya kepada pesakit rheumatoid dan arthritis.

Ubat penahan sakit yang ada di pasaran sekarang boleh memberikan kesan sampingan, oleh itu jom kita gantikan dengan pengambilan cili secara berterusan sebagai alternatif untuk menahan rasa sakit.

#4 Bertindak Sebagai Terapi Dan Penenang

Bukankah pelik, bagaimana benda yang sangat pedas tapi kita suka sangat makan sehinggakan tak boleh tiada.

Ini sebenarnya adalah kerana endorphin yang dikeluarkan oleh otak akan memberikan rasa nikmat apabila dimakan, membuatkan kita seolah-olah ketagih untuk makannya lagi walaupun ianya pedas.

- Iklan -

Sebab tu rasa seronok dan puas kalau dapat makan masakan yang ada cili lebih-lebih lagi kalau cili digigit mentah-mentah. Kan? letak dalam budu ke, buat cili kicap ke.. Fuhhh..

#5 Mencegah Kanser Prostat

Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa orang yang makan banyak cili mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser prostat, kata Bosland [Sumber: ABC News].

#6 Bertindak Sebagai Antibodi Semulajadi

Capsaicin juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Cili akan melancarkan peredaran darah dan membawa darah segar ke tempat jangkitan dan darah segar (sel-sel darah putih dan leukosit dalam darah)  tadi akan melawan jangkitan tersebut.

Tanaman Cili Fertigasi
Tanaman Cili Fertigasi

#7 Bertindak Sebagai Antioksidan

Cili mempunyai Vitamin C dan Vitamin A yang mengandungi beta-karoten yang merupakan antioksidan yang kuat. Antioksidan akan memusnahkan bahan radikal bebas.

Biasanya, radikal bebas boleh bergerak di dalam badan dan menyebabkan sejumlah besar kerosakan kepada sel-sel dan boleh merosakkan saraf dan saluran darah.

#8 Melegakan Selsema Dan Asma

Cili memberikan kelegaan daripada hidung tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga mengembangkan saluran udara paru-paru yang mengurangkan asma.

Kalau rasa dada sempit dan seolah-olah asma sedang menyerang, cepat-cepat makan cili. Hehe.. 🙂

#9 Cili Membantu Membakar Lemak

Capsaicin juga sebatian termogenik, dan meningkatkan kadar metabolisme, yang membantu dalam proses pembakaran lemak. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan cili dalam kehidupan boleh meningkatkan kadar metabolisme anda sehingga 23% selama kira-kira 3 jam!! Haaa.. kan dah dapat tips nak turunkan berat badan tu, dengan makan cili dalam diet anda.

Sumber: PucukUbi.com.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.