Harga Cili Termahal Di Dunia, Dijual Pada Harga RM140,250 Sekilogram

Jika di Malaysia, anda pasti menyangka harga cili padi atau cili kampung yang kecil lagi pedas adalah termahal di pasaran tempatan. Tetapi di Vienna, Austria ada lagi cili yang paling mahal.

- Iklan - - Iklan -

Jika di Malaysia, anda pasti menyangka harga cili padi atau cili kampung yang kecil lagi pedas adalah termahal di pasaran. Tetapi di Vienna, Austria ada lagi cili yang paling mahal.

Bukan setakat mahal di Austria, namun dicatatkan sebagai cili paling mahal di dunia yang berharga dari AS$34,000 (RM140,250) sekilogram.

Dapat jual sekilogram boleh beli sebuah kereta secara tunai di Malaysia. Wow!

“Jika dibandingkan dengan rempah ratus lain, ia adalah sangat sangat pedas. Tidak digalakkan merasa atau memakannya secara segar. Sebaliknya ia lebih enak selepas dikeringkan dan menjadi bahan utama masakan seperti sup ayam. Kanak-kanak juga boleh memakannya,” kata petani, Priska Stekovicz

Charapita Ibu Segala Cili

Menurut Pariska, cili Charapita ini adalah ibu segala cili dan hanya tumbuh meliar di dalam hutan berhampiran dengan pokok-pokok. Cili ini mempunyai ciri-ciri kecil seperti cili api, bewarna kuning dan berasal dari kawasan utara Peru.

- Iklan - - Iklan -

Meskipun Charapita masih baru di pasaran Eropah, disebabkan rasa yang menarik dan luar biasa pedas, cili ini mula mendapat perhatian chef terkemuka di seluruh restoran mewah.

Pada saya mungkin disebabkan bentuk yang menarik juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehendak pengguna.

Sumber Asian One

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.