Buah Cili Merekah Atau Buruk Petanda Kurang Kalsium

Gejala buah cili merekah dan buruk di hujung buah adalah perkara biasa dalam penanaman cili dan juga sayuran yang menghasilkan buah yang lain. Ini berikutan sebagai tanda kurang kalsium pada pokok.

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

Kalsium adalah salah satu elemen yang paling diperlukan oleh pokok cili. Ini kerana proses pembentukan pucuk dan penghasilan kulit buah cili sangat memerlukan sumber kalsium ini.

Di dalam artikel Lihat Simptom Virus Atau Kurang Kalsium Pokok Cili, kami ada jelaskan perbezaan antara dua keadaan. Cara kita mengenal simptom serangan virus dan juga simptom kekurangan kalsium.

Keperluan Kalsium Pada Pucuk Dan Buah

Jadi pucuk perlukan kalsium untuk bentuk sel baru dan buah juga perlukan kalsium untuk hasilkan kulit yang cantik, salah satu pasti akan kalah.

Penyerapan kalsium dan juga bekalan kalsium yang diberikan baik melalui baja AB atau foliar perlu memenuhi keperluan fisiologi pokok ini.

Maka, apabila wujudnya simptom kekurangan kalsium ini, wujud nama reput hujung buah atau Blossom End Rot (BER).

BER tanda cili kurang kalsium
Pembentukan sel kulit terganggu

Buah Merekah Atau Buruk Tanda Kurang Kalsium

Selain BER atau buah buruk di hujung, terdapat tanda kedua yang menunjukkan pokok kekurangan kalsium. Buah tersebut kelihatan merekah di bahagian kulitnya.

Keadaan merekah ini juga merupakan salah satu tanda kurang kalsium pada pokok cili. Pemberian kalsium tambahan melalui foliar perlu diberikan. Penggunaan Calcium Boron (CaBo) akan diberikan.

buah cili merekah tanda kurang kalsium
Salah satu tanda kurang calcium boron

Pemberian Calcium Boron

- Iklan -

- Iklan -

Bagi mengatasi gejala ini daripada terus berlaku, pemberian calcium boron perlu dibuat secara semburan foliar.

Cuma buah yang sedia ada tidak dapat pulih, hanya mampu menyelesaikan masalah pada buah baru sahaja.

Berikut kami sertakan langkah-langkah membancuh Calcium boron:

calcium boron
Saudara perlukan pati calcium boron.
Goncang botol terlebih dahulu
Goncang botol terlebih dahulu
Sedut 1ml
Sedut 1ml
Masukkan dalam botol 1L
Masukkan dalam botol 1L
Sembur pada keseluruhan pokok

Semburan pada kadar seminggu sekali. Dan ini adalah perkara biasa dalam penanaman cili, bukan penyakit namun tetap menyebabkan kerugian pada tuaian hasil cili.

Dengan penyemburan calcium boron ini, saudara dapat mengelakkan gejala BER ini terus berulang untuk cili yang baru. Moga perkongsian ini memberi manfaat dan tularkan untuk sebaran maklumat penting ini.


KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.


Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Balas Untuk Zam
Batal Balas

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

2 Komen
  1. Zam berkata

    Tuan, Untuk cili bolehkah saya menggunakan baja npk bagi menggantikan baja ab dan baja npk tu dilarutkan dalam air terlebih dahulu kemudian diambil bacaan menggunakan ec meter?

    1. Fikri Mastor berkata

      Maaf tuan baja NPK yang biasa tuan nampak di pasaraya seperti giant atau tesco tersebut hanya untuk kegunaan pada permukaan tanah dan bukan larut air. Ada baja NPK yang larut air, dalam bentuk serbuk dan bukan granule seperti di pasaraya yang saya sebut tadi.