Apakah Tanaman Yang Memberikan Cepat Pulangan?

Lagi singkat tempoh penanaman, lagi cepat duit pelaburan dapat diputar semula ke musim penanaman seterusnya.

Tempoh Musim Penanaman Produktif Bagi Sayur-sayuran
1
- Iklan - - Iklan -

Artikel ini ditulis oleh Puan Sharifah Nur Rahimah dan asalnya telah diterbitkan di SekolahBisnes.net.

Artikel sebelum ini, saya telah berkongsi tentang tip-tip untuk melabur dalam bisnes pertanian. Kali ini saya ingin senaraikan jenis-jenis tanaman sayuran yang mempunyai tempoh penanaman yang pendek.

Ia hanya memerlukan masa yang singkat untuk menuai hasil.

Lagi singkat tempoh penanaman, lagi cepat duit pelaburan dapat diputar semula ke musim penanaman seterusnya.

- Iklan - - Iklan -

Saya ringkaskan maklumat tersebut dalam bentuk carta berikut:

 

Tempoh Musim Penanaman Produktif Bagi Sayur-sayuran
Tempoh Musim Penanaman Produktif Bagi Sayur-sayuran

Tanaman sayuran berdaun seperti sawi, bayam, kangkung dan juga bendi adalah yang paling cepat musim penanamannya iaitu dalam tempoh 4 minggu.

Kacang buncis, kacang panjang, kobis, timun, jagung dan labu manis adalah tanaman yang mengambil masa 3 bulan untuk melengkapi musim penanamannya.

Tanaman seperti cili, halia muda, terung dan tomato mempunyai 6 bulan tempoh penanamannya. Tanaman yang paling lama dalam carta ini adalah halia tua dan ubi kayu iaitu mengambil masa 8-9 bulan.

Kesemua tanaman ini mengambil masa kurang dari 1 tahun dan amat sesuai untuk dijadikan tanaman ‘cash crop‘.

Terdapat usahawan tani atau agroprenuer yang mengintegrasi tanaman cash crop ini dengan tanaman saka yang lain seperti di ladang kelapa sawit dan getah. Tanaman saka bermaksud tanaman yang hidup lebih dari 2 tahun.

Tanaman kelapa sawit dan getah yang baru mula kebiasaanya mengambil masa 3-5 tahun untuk hasil pertama mereka. Oleh itu, sementara menunggu pokok membesar, tanaman cash crop boleh ditanam di antara jarak tanaman saka tersebut.

Tanaman cash crop masih boleh menerima penuh cahaya matahari disebabkan pokok kelapa sawit atau getah yang masih kecil.

Ia tidak sesuai untuk diintegrasi di ladang kelapa sawit atau getah yang sudah tinggi dan matang. Kawasan di antara tanaman tersebut sudah kurang mendapat cahaya matahari dan redup.

Faktor musim penanaman yang pendek ini juga memudahkan petani atau usahawan tani merancang jadual tuaian supaya dapat memberi hasil setiap bulan.

- Iklan - - Iklan -

Penanaman secara berperingkat ini boleh dilakukan dengan membahagikan kawasan kepada bilangan bulan penanamannya. Namun, perlu berhati-hati dengan pengurusan kawalan penyakit dan serangan serangga.

Walau bagaimanapun, selain faktor kecepatan tempoh penanaman, faktor-faktor lain mesti diambil kira. Rujuk artikel ‘9 Tip Labur dan Lebur Agroprenuer Dalam Bisnes Pertanian’ sebelum ini.

Bekalan tanaman sayur-sayuran ini masih belum mengcukupi di Malaysia. Tahap sara diri iaitu keupayaan untuk membekalkan permintaan bagi sayur-sayuran di Malaysia masih rendah iaitu 57%. Oleh itu kami galakkan anda yang baru ingin menceburi bisnes pertanian untuk mendapatkan sebanyak mungkin informasi yang betul. Selamat menyumbang kepada statistik sara diri sayur-sayuran di Malaysia.

Anda mungkin juga berminat

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

1 Komen
  1. Kacak berkata

    Maaf kacak ade sedikit komen dalam artikel ni.

    Pengalaman kacak dalam tanaman timun dan bendi sgt cetek, baru 5 ke 6 musim je.

    Dalam 5 ke 6 musim tu, tempoh tanaman dari mula semai sampai berbuah lebih kurang sama..

    Bendi – dari mula tanam sampai umur 45 hari baru berbunga. Umur 55 hari mula petik. Petik sampai 75hari iaitu sampai hari yg ke 130 (4 bulan 10 hari).

    Timun – dari mula semai sampai boleh petik buah pada hari yg ke 35. Petik buah setiap hari selama 30 ke 35 hari. Ade yg pernah sampai 45 hari petik buah. Jd, usia pokok timun dari mula semai sampai habis buah ialah 65 hari ke 80 hari.

    Terima kasih.