Anak Bandar Masuk Kampung – Harian Metro

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini info pertanian terkini.
CILIBANGI

1Agak membosankan jika anak-anak dibiarkan duduk di rumah sepanjang hari tanpa melakukan aktiviti berfaedah.

Justeru, sempena cuti sekolah, Serotech Sdn Bhd, anak syarikat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Program Kem Cuti Sekolah Bersama Cilibangi Kali Ke-2.

Program dengan kerjasama Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad (KOCHEME) diadakan di Taman Rekreasi D’baruh, Kampung Lendu Hilir Alor Gajah, Melaka, bermula 29 November hingga 2 Disember lalu.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk modul khas anak-anak remaja untuk mengenali tumbuhan tanaman dapur terutamanya tanaman organik Cilibangi.

Aktiviti lain yang diadakan ialah perkhemahan, latihan dalam kumpulan, aktiviti memasak, berkebun, ‘flying fox’, riadah, kembara malam dan ‘Compass Orienteering’

Ketua Pegawai Eksekutif Serotech Sdn Bhd, Sharifah Nur Rahimah Syed Alias berkata, program itu memberi peluang ibu bapa mengenal pasti, menyerlahkan bakat dan potensi anak dalam suasana santai.

2

“Semua murid sekolah rendah dan menengah dapat melakukan aktiviti bermanfaat,” katanya.

Menariknya, semua 26 peserta di tempatkan dalam khemah khas.

“Kebanyakan peserta dikategorikan ‘anak bandar’ dan ‘anak manja’ yang jarang berpisah dengan keluarga.

“Meskipun masih ada yang rindukan rumah, perasaan itu bertukar sebaliknya menjadi seronok,” katanya.

Peserta belajar teknik menyemai, memindah pokok Cilibangi dan pendedahan mengenai penyakit.

“Kami juga menganjurkan pertandingan memasak nasi goreng menggunakan Cilibangi,” katanya.

Setiap peserta program, katanya, ‘dianugerahkan’ pokok Cilibangi dan perlu menjaga pokok berkenaan.

“Mereka juga perlu memberikan nama timangan, selain berkomunikasi ketika menyiram pokok,” katanya.

Uniknya, finalis Program Da’i iaitu Da’i Azam atau Mohamad Azamudin Zainal terbabit dalam ‘smart solat’.

Serotech bercadang menjadikan kem itu acara tahunan.

“Saya setuju cadangan Kementerian Pendidikan mahu mengaktifkan aktiviti kokurikulum berkaitan agro tapi sekolah perlu mengenal pasti fokus tanaman supaya pokok ditanam tidak terabai,” katanya.

Oleh Mohd Sabran Md Sani 

- Iklan -

 Benih Cili Benih Cilibangi Benih Sayur Cara-cara Cili Hot Hot & Spicy Langkah-langkah Panduan Penanaman Pedas Pokok Cili Repellente Sayur Sayur Berbuah Sayur-sayuran Sayuran Sayuran Berbuah Serangga Putih Sokongan Pokok Spicy Tanam Cili Tanam Cili Dalam Pasu Tanam Cili Dalam Polybeg Tanam Cili di Rumah

KELAS FERTIGASI TANAM CILI (ONLINE)Kelas Fertigasi Serendah RM30, Akses Selama 1 Tahun

Daftar kelas sekarang dan akses kelas pada bila-bila masa anda lapang. Harga kelas bermula RM30.

Sumber Harian Metro

Nota Percuma!

Langgan email percuma setiap minggu untuk dapatkan info terkini mengenai tanaman.

Anda mungkin juga berminat
- Iklan -

Tinggalkan komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.