Pokok Layu Akibat Penitis Tersumbat

Kami akan tunjuk cara-cara servis penitis yang tersumbat yang menyebabkan penyiraman air kepada pokok terganggu.

Simptom ini biasa terjadi dan puncanya ada banyak, antaranya faktor punca air yang berisiko seperti air sungai yang keruh dan juga mendakan dari larutan baja AB yang tidak tertapis di penapis sistem tangki fertigasi.

Kapilari jenis ini mudah untuk diservis dan kadar penyumbatan yang berlaku juga tidak kerap dan jarang berlaku berbanding penggunaan mikrotube. Ini adalah berdasarkan pengalaman kami yang lepas.