Pengumuman Speed Class Fertigasi Cilibangi (Online)

Terima kasih kepada Tuan / Puan yang berminat untuk menyertai program Speed Class Fertigasi Cilibangi (Online).

Kelas berikut dijadualkan pada peringkat awal bermula pada Julai 2020. Namun, atas perkara yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa melanjutkan tempoh pelancaran tersebut.

18 Julai 2020 lalu ladang Cilibangi turut terkesan dengan banjir yang melanda sekitar kajang.

Banjir

Banjir kali ini adalah yang paling besar setakat ini. Belum pernah berlaku sebesar ini. Khabarnya banyak juga tempat lain (di sekitar kajang) yang terkesan dengan banjir kali ini.

Kami berusaha untuk melengkapkan modul tersebut sebaik mungkin. Nantikan pengumuman rasmi daripada kami.

Untuk mendapatkan maklum balas yang pantas saat kelas ini bersedia dilancarkan, Tuan / Puan boleh mengisi borang dibawah: