Panduan Menanam Pokok Cili Di Dalam Pasu Atau Polibag

Di dalam panduan ini, kami sertakan panduan bergambar, bermula pada peringkat semaian benih cili sehingga proses pindah tanam anak pokok.

- Iklan - - Iklan -

Dalam siri pameran yang kami sertai, acap kali soalan seperti berikut ditanya:

Pokok Cili ini boleh ditanam di dalam polibag/pasu?

Pertama sekali, pokok cili ini kadar pertumbuhannya singkat, sekitar 6 bulan di dalam pasu atau polibag. Ini disebabkan oleh faktor pertumbuhan akar yang terhad selepas 6 bulan, berbanding apabila ditanam di atas batas.

Penanaman cili di atas batas, boleh memanjangkan tempoh penanaman sehingga 7-9 bulan, bergantung pada penjagaan dan kawalan yang berjadual.

Seandainya, saudara mempunyai sebahagian kecil tanah di sekitar kawasan rumah, atau kawasan yang lapang dan terbuka pada cahaya matahari, pokok cili boleh ditanam dan mampu mengeluarkan hasil dengan baik.

- Iklan - - Iklan -

Biarpun kawasan terbuka tersebut bersimen pada lantainya.

Di dalam panduan ini saya sertakan panduan bergambar, bermula pada peringkat semaian benih cili sehingga proses pindah tanam anak pokok.

Penyemaian Benih Cili

Untuk peringkat penyemaian biji benih, saya akan tunjukkan dua jenis kaedah yang pernah kami gunakan untuk menyemai biji benih, sama ada di peringkat penanaman kecil-kecilan di halaman rumah mahupun di peringkat komersial.

Perkara yang paling asas dalam program penanaman adalah di peringkat penyemaian benih.

Seandainya, Tuan dan Puan menghadapi kesukaran, limitasi dan gangguan di peringkat asas ini, nescaya di peringkat penanaman kelak akan berlaku masalah yang lebih besar.

Benih Cilibangi Bercambah

1. Semaian Kecil-kecilan di Rumah

Aktiviti semaian di rumah kebiasaannya untuk mereka yang hanya berniat untuk menanam sejumlah kecil tanaman sayur-sayuran. Cukup untuk makan sendiri sahaja.

Ada juga yang bermula kecil-kecilan di rumah, akhirnya membesar sehingga mampu mengusahakan tanaman pada skala komersial.

Secara asasnya, proses semaian ini ada beberapa keperluan yang diperlukan oleh benih untuk bercambah.

Untuk langkah penyemaian secara kecil-kecilan di rumah, saya ada tuliskan secara terperinci di dalam artikel Panduan Semaian Biji Benih Cili Di Rumah.

2. Semaian Benih Secara Komersial

Di dalam peringkat semaian cili secara komersial, kita tidak lagi menggunakan polibag-polibag kecil untuk menyemai setiap satu benih cili tersebut. Dalam kaedah baru, kita menggunakan dulang semaian, atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai Germination Tray.

Dulang semaian 104 lubang.
Dulang semaian 104 lubang.

Jika Tuan atau Cik Puan masih tertanya-tanya apakah itu dulang semaian, di dalam artikel Kenapa Benih Cili Perlu Disemai Dalam Dulang Semaian ada saya tulis berkenaan perkara tersebut.

Bahkan, perkara yang paling penting dan aspek yang kadang kala terlepas pandang di dalam peringkat semaian secara besar-besaran turut disentuh di dalam penulisan tersebut.

Saya pasti hampir sebahagian besar daripada kita banyak belajar daripada kenalan atau jiran yang mengusahakan tanaman secara fertigasi, dari sumber internet, di group Facebook, dan juga Whatsapp.

Namun, sesi pembelajaran tersebut kadang kala tidak difahami secara menyeluruh.

Sebagai contoh, di peringkat semaian ini, jika di dalam sesi latihan Speed Class Fertigasi Cilibangi, saya biasa membuat survey terlebih dahulu sebelum sesi kelas bermula. Hampir sebahagian besar peserta mengalami masalah dalam langkah pertama peringkat semaian ini.

Bahkan, kesilapan dan kegagalan yang berlaku adalah akibat daripada salah faham dalam mengikut tatacara menyemai benih itu sendiri.

Panduan yang menyeluruh dalam tatacara proses penyemaian benih cili secara komersial ada ditulis di dalam artikel Cara-cara Menyemai Benih Cili Dalam Dulang Semaian.

Anak Pokok Cili Yang Matang

Pindah Tanam Anak Pokok Cili Di Dalam Polibag/Pasu

Di dalam peringkat pindah tanam anak pokok ini, perkara yang perlu diambil kira adalah soal kematangan pokok cili. Pelbagai persoalan yang timbul, antaranya seperti:

Adakah pokok cili yang disemai itu sudah cukup matang untuk dipindahkan?

Berapakah jumlah hari yang diperlukan untuk menjadikan anak pokok cili menjadi matang?

Group FB Tanam Cilibangi

Group FB Tanam Cilibangi

Apakah petanda yang biasa kelihatan yang menunjukkan pokok cili sudah matang?

Rumah Semaian Cilibangi

Berdasarkan morfologi (bentuk luaran) anak pokok cili, kita sudah dapat menafsirkan ciri-ciri kematangannya:

  1. Mempunyai 8 daun sekurang-kurangnya.
  2. Pangkal batang tunggalnya berubah warna keperangan.

Secara keseluruhannya, untuk mendapatkan ciri-ciri berikut, aspek pencahayaan dan rutin siraman air memainkan peranan penting.

1. Pencahayaan

Sepanjang tempoh 30 hari di dalam dulang semaian, anak pokok cili akan ditempatkan di dalam rumah semai yang berbumbung telus cahaya.

Ini bermaksud, dulang tersebut akan ditempatkan di atas para, di dalam rumah yang ditutup rapi, berdinding dan berbumbung.

Anak Pokok Cili Dalam Rumah Semaian
Anak Pokok Cili Dalam Rumah Semaian

2. Rutin Siraman

Kebiasaannya, setiap hari selepas anak pokok cili bercambah, kita akan lakukan aktiviti siraman anak pokok pada waktu pagi dan petang.

Jika waktu pagi, jam 11.00 pagi juga adalah waktu pagi. Namun, tidak selewat itu waktu siramannya. Ini akan menyebabkan medium semaian akan kekeringan dan pokok akan terbantut.

Sebaiknya, pada awal pagi, bermula pada jam 7.00 – 8.00 pagi. Manakala, waktu petang pula pada jam 5.00 petang ke atas. Bagi yang muslim, boleh rehat sebentar untuk solat, dan mulakan aktiviti siraman selepas itu.

Kadang kala, ada yang terlupa untuk menyiram pokok, almaklumlah banyak projek kenduri kendara di hujung minggu. Khusus bagi mereka yang menyemai kecil-kecilan di rumah ya.

Jika masih berlaku di kebun komersial, ini bermaksud kita gagal dalam mengurus kerja, periuk nasi kita tu.

3. Waktu Yang Sesuai Aktiviti Pindah Tanam

Jadi, waktu bila sebenarnya anak pokok cili ini boleh dipindahkan ke dalam polibag? Ada yang kata tidak kisah waktu bila pun, janji anak pokok boleh hidup.

Benar, jika kena pada tekniknya, waktu bila tanam pun pokok boleh hidup. Namun, tidak semua pekerja yang digaji itu terlatih untuk membuat aktiviti menanam.

Jika yang diupah itu baru belajar menanam, salah teknik menanam, jadi haru semua plot tanaman jadinya.

Waktu yang paling sesuai adalah pada waktu petang. Bermula jam 4.00 petang ke atas. Waktu begitu, cahaya matahari sudah beransur sejuk sedikit, sudah perlahan panas teriknya.

Elakkan aktiviti pindah tanam pada waktu tengah hari, semasa matahari memancarkan cahayanya yang terik. Ini akan meningkatkan risiko anak pokok layu, dan kemungkinan besar akan mengalami kelayuan kekal.

Kenapa pada waktu petang?

Ini bertujuan untuk memberi peluang pada pokok untuk berehat dan pulih daripada pelbagai kerosakan yang mungkin berlaku akibat kecuaian pekerja itu sendiri.

Kecuaian yang sering berlaku pada peringkat pindah tanam ini adalah akibat merentap keluar anak pokok cili dari dulang semaian secara paksa.

Seharusnya, akar anak pokok dijaga sebaiknya. Itulah bahagian yang paling sensetif pada peringkat anak pokok. Tarik keluar dengan sempurna dan cermat.

Kebiasaannya, jika usia anak pokok pada 26 hari dan ke atas, akarnya sudah padat dan memenuhi ruangan lubang dulang semaian.

Jarang berlaku, akarnya tidak padat. Jika berlaku, mungkin pada peringkat pembesaran dalam dulang semaian kita rendam terlalu lama dalam takungan air. Akar pokok cili tidak gemar terendam terlalu lama di dalam air.

Aktiviti Pindah Tanam

Bersama artikel ini saya sertakan video ringkas bagaimana proses pindah tanam anak pokok cilibangi dilakukan di atas batas penanaman kami.

Teknik ini turut diguna pakai untuk aktiviti pindah tanam di dalam polibag dan pasu. Sama ada menggunakan medium tanah ataupun sabut kelapa.

Tekniknya adalah sama.

Seandainya masih belum jelas langkah-langkah pindah tanam, mahukan gambar yang lebih jelas, boleh rujuk di artikel Pindah Tanam Anak Pokok.

Mencari peralatan penanaman untuk kebun mini di rumah?

Dapatkan produk seperti peralatan fertigasi, baja dan lain-lain dengan 2 cara berikut:

  1. Pembelian di e-Kedai Cilibangi.
  2. Pembelian di Shopee Cilibangi.

Anda mungkin juga berminat

Balas Untuk Fikri Mastor
Batal Balas

Alamat email anda tidak akan disiarkan.

15 Komen
  1. Eliza Mikhael berkata

    Mmg wajib ada rumah semaian yg tertutup mcm gambar ni ke?dari awal semai hingga usia berapa perlu di letak dlm rumah semaian?

    1. Cilibangi UKM berkata

      Ya Cik Puan untuk peringkat komersial kita perlu meletakkan anak pokok di dalam rumah semaian, atas faktor jumlah anak pokok yang banyak disamping memudahkan pengurusan. Untuk kecil-kecilan di halaman rumah, tidak perlu struktur yang lengkap. Cukup sekadar cahaya yang mencukupi.

    2. Cilibangi UKM berkata

      Bermula dari peringkat awal semaian, sehingga umurnya 26-30 hari akan diletakkan di dalam rumah semai. Bermula hari 26 kita sudah mula pindahkan ke atas batas atau di dalam polibag/pasu.

  2. Eliza Mikhael berkata

    Klu tuan boleh berkongsi rumah semaian tu kita boleh buat sendiri atau mmg ade spesifikasinya?

    1. Cilibangi UKM berkata

      Boleh buat sendiri Cik Puan. Kami ada post gambar dalam artikel berikut.

      Spesifikasi:
      1. Berbumbung telus cahaya, boleh guna plastik UV.

      2. Dinding menggunakan material net hitam, minimum 70% ketelusan cahaya.

      3. Mempunyai sumber air.

      4. Mempunyai para.

    2. Cilibangi UKM berkata
  3. Eliza Mikhael berkata

    Ok terima kasih tuan..looking forward nk menghadiri speed class fertigasi di tempat tuan..sbb sy ada mencuba kaedah fertigasi tp xberapa menjadi..sedih rasa..

    1. Cilibangi UKM berkata

      Sama-sama Cik Puan. Boleh rujuk di pautan ini untuk slot tarikh kelas mengikut kelapangan 》https://cilibangi.com/produk/speed-class-fertigasi-cilibangi/

  4. Yut Jenr Ally berkata

    dalam umur berapa hari kita mula memberi baja kepada pada benih cili.

    1. Cilibangi UKM berkata

      Jika semaian kecil-kecilan di halaman rumah, selepas proses pindah tanam kita berikan baja pada medium tanahnya. Umurnya ketika itu adalah 30 hari.

      Jika semaian secara komersial dengan menggunakan dulang semaian, aktiviti pembajaan sudah dimulakan pada usia 20 hari. Dengan menggunakan teknik rendaman dulang semaian ke dalam larutan baja cecair, baja AB fertigasi.

    2. Yut Jenr Ally berkata

      terima kasih tuan…saya baru mula hendak belajar membuat semaian

    3. Cilibangi UKM berkata

      Sama sama Cik Puan Yut Jenr Ally.

      Cik Puan boleh rujuk pada setiap link yang saya tulis berkenaan semaian, di situ ada informasi berkenaan cara cara menyemai yang betul. Ada panduan bergambar.

  5. Heng berkata

    Salam Tuan,

    Saya telah melabur dlm tanah selaus 4 ekar untuk tanaman cili padi bera.
    Jumlah pokok yang ada = 8500 pokok yang telah berbuah dan kini dah mula dipetik.

    Consultant kami mencadangkan 1 set besar baja AB (50KG) sehari untuk kebun kita.

    Ini menjadikan kos kita amat tinggi.

    Pada pendapat Tuan, berapa set baja AB yang betul betul kita perlukan untuk jumlah 8500 pokok cili padi?

    Terima Kasih banyak.

    1. Fikri Mastor berkata

      Wasalam. Seharusnya Tuan perlu melihat pada keperluan pokok. Pemberian baja AB ini haruslah mengikut usia pokok. Semakin meningkat usia pokok semakin pekat baja yang diberi.

      Tuan boleh rujuk artikel yang saya tulis di https://www.cilibangi.com/blog/jadual-siraman-baja-ab-fertigasi/.

      Sebagai contoh 8500 polibag cili api bara pada usia hari pertama di dalam polibag, kepekatan bajanya tidak akan sama dengan usia pokok pada hari 30 di dalam polibag, misalnya.

      Jadi kuantiti baja juga tidak akan sama.

  6. Ashmawi berkata

    Bolehkah ceritakan penyemaian biji benih dari penanaman biji sehingga pokok boleh menghasilkan cili? Dua bulan, tiga bulan??